Isnin, 27 Ogos 2018

Kata Kata Mutiara Indah Penuh Makna



Hai sahabat blogger, pada kesempatan ini kata2kan akan mengeshare kata kata mutiara yang berhasil dikumpulkan dari berbagai sumber ..............

Berikut ini merupakan kata kata mutiara yang paling terbaru, terlengkap, terbaik, terindah dan tidak lupa dari kata kata mutiara, yaitu penuh dengan makna.

Kalau boleh ... pasti sahabat blogger belum membaca kumpulan kata kata bijak dan kata kata mutiara hari ini yang indah serta penuh makna dan dapat dijadikan sebagai bahan renungan, instropeksi diri dan motivasi, iya kan?

Memang tidak dapat dipungkiri lagi bahwa kata kata mutiara sangatlah berarti baik di segala aspek, oleh karananya lewat postingan ini akan mencuba share kata kata mutiara indah penuh makna buat para pengunjung yang mampir ke blog kata2kan ini.


Kata Kata Mutiara Indah Penuh Makna



Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. ~ Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. ~ Anonim

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. ~ Pepatah Arab

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. ~ Napoleon Bonaparte

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur M.H

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. ~ Mognon Me Lauhlin

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles Cahier


Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi..

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ Peribahasa Cina

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~ John Petitsenn

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.

Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.

Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.

Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.

Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.

Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar. ~ Barbara Hall

Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W Young

Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad

Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen Tate

Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.

Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.........

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya ~ Hamba Allah

Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~ Albert Camus

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B. Munabin

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. ~ Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~ Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert Einstein

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. ~ La Roche

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. ~ Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. ~ Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Ahad, 26 Ogos 2018

Make-Up bertunang

Alhamdulillah.....

meh kak sal update sikit untuk minggu ni....
baru ada kesempatan...















#pelaminbajet
#pelaminmurah
#buaiberendoi

SAL Bridal Machang


♥ www.wasap.my/601137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah
http://salbridalmachang.blogspot.com

Isnin, 16 Julai 2018

Ayat Motivasi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya.
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat kita semua pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.


13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.


14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum yang sempat saya kumpulkan.


Khamis, 12 Julai 2018

Warisan - Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia




Rabu, 11 Julai 2018

8 Tips Memilih 'Wedding Planner'








Mencari 'wedding planner' bukanlah mudah. Ramai yang bagus-bagus, tapi untuk mencari yang 'ngam' agak susah. 8 Tips ini mungkin dapat membantu anda.


#1: Lokasi. Pilih perancang perkahwinan yang lokasinya dekat dengan tempat majlis anda akan berlangsung. Sebabnya, jika berhampiran, beliau berkemungkinan besar ada 'connection' yang banyak di sana atau pernah bekerja di lokasi majlis anda serta pernah bekerjasama dengan vendor-vendor sekitar lokasi.


#2: Vendor pilihan. Selalunya perancang perkahwinan ada vendor-vendor 'favourite' beliau. Daripada kad kahwin hinggalah ke pilihan pelamin dan bunga. Ambil sedikit masa untuk mengenali vendor pilihannya ini untuk mengetahui 'style' dan citarasa perancang perkahwinan anda ini.




#3: Personaliti. Jika anda tidak perlu selalu berjumpa, mungkin hal ini tidak menjadi masalah untuk anda. Namun, dalam merancang perkahwinan, anda tentunya akan selalu berhubung. Cari perancang perkahwinan yang anda betul-betul selesa dan suka. Jika anda sendiri tidak berkenan dengan perancang perkahwinan anda, khuatir menambahkan stress pula.



#4: Pengalaman. Lebih baik jika anda mengambil khidmat perancang perkahwinan yang ada pengalaman. Mereka lebih arif tentang selok belok dunia persiapan perkahwinan. Mereka sudah bersedia untuk perkara-perkara yang tidak diduga dan ada penyelesaian untuknya. Selain itu, mereka juga ada banyak 'connections'. Namun, jika anda mahu memberi peluang kepada perancang perkahwinan yang baru meningkat naik pun tidak salah. Selagi anda percaya dan yakin dengan kemampuan mereka, go ahead.



#5: Masa. Perhatikan masa yang diambil untuk menjawab email/whatsapp anda. Jika beliau ambil masa yang lama, atau banyak kali sangat menunda pertemuan, pertimbangkan untuk ambil perancang perkahwinan yang lain. Memang bukan anda seorang saja bakal pengantin yang beliau perlu uruskan, tapi, dengan wang yang anda laburkan, sepatutnya, anda patut mendapat perhatian yang setimpal.




#6. Portfolio. Macam masa anda pilih jurufoto, anda kena ada rasa teruja dan 'amazed' bila melihat gambar-gambarnya, begitu juga dengan perancang perkahwinan. Anda kena ada rasa 'wow' apabila melihat portfolionya. Jika anda rasa tidak teruja, mungkin anda lebih sesuai dengan perancang perkahwiann yang lain.



#7: Citarasa: Untuk berkolaberasi, yang penting sekali adalah jika anda 'ngam'. Paling bagus jika anda suka 'taste'-nya. Bagaimana beliau menghias kerusi, pilihan bunga dan sebagainya. Jika anda sendiri tidak gemar akan 'taste'-nya,besar kemungkinan akan ada rasa kurang senang kelak.


#8: Citarasa anda. Perunding perkahwinan yang sesuai akan dapat memberi tambahan idea atau mencantikkan lagi idea asal anda dan pasangan anda dan bukannya cakap 'Tak boleh, tak boleh.' dan paksa anda ikut ideanya. Selalu ingat yang ini adalah majlis anda dan pasangan. Cari perunding perkahwinan yang sama teruja dengan anda.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah
http://salbridalmachang.blogspot.com

Sila klik LIKE utk info terkini.
**sumber google

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


.


Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:


1. Berkemampuan

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :

“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.


2. Tidak Dayus

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Baik

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.


4. Tidak Membebankan

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada suami.


5. Mempercayai Isteri
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.


6. Bertanggungjawab

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.

Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.

Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.

Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”

Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾

“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”

(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)


7. Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.


8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.


Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)

Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

10 Tips Malam Pertama Pengantin Baru, Lepas Sah Jadi Suami Isteri







TIPS MALAM PERTAMA


Alangkah indahnya perkahwinan itu bukan? Setelah kita lalui segala cabaran sewaktu menempuh alam percintaan dan tibalah masa dan saatnya untuk mengambil selangkah lagi ke hadapan iaitu menyatukan dua orang dengan satu ikatan yang sah yang dipanggil perkahwinan. Siapa yang lebih rasa berdebar, wanita atau lelaki?

Malam pertama bersama pasangan pilihan anda sudah pastinya dilihat sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan, tetapi tidak kurang juga yang berdebar-debar untuk mengharunginya. Selepas berbulan persiapan dilakukan untuk memastikan majlis persandingan berjalan lancar, tibalah masa yang dinanti-nantikan.





1. REHAT SECUKUPNYA


Tips malam pertama yang pertama ini sangat penting. Sila baca betul-betul.


Secara tradisi, majlis akad nikah akan berlangsung terlebih dahulu dan disusuli dengan majlis persandingan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Semasa majlis persandingan tersebut, sudah pasti anda berasa penat melayan tetamu yang hadir dan juga sesi bergambar dengan anda.

Oleh itu, pastikan anda masih bertenaga dengan berehat secukupnya beberapa hari sebelum majlis akad nikah dan persandingan tersebut.


2. SEGARKAN DIRI

Tips malam pertama yang kedua pula perlu dilakukan setelah berehat sebentar.

Selepas mendapat rehat yang mencukupi, dan menghabiskan hampir keseluruhan hari melayan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang dari dekat dan jauh, seeloknya anda mandi terlebih dahulu sebelum memasuki kamar tidur.

Selepas mandi, anda akan berasa lebih segar dan kenakan sedikit bau-bauan wangi supaya dapat menarik perhatian pasangan anda dan secara halusnya memberitahu kepadanya yang anda telah pun bersedia.


3. SERLAHKAN RASA GEMBIRA, SYUKUR DAN TERIMA KASIH

Jangan abaikan tips malam pertama yang ketiga ini. Usah terus terjah pasangan dengan rakus.

Mulakan dengan perlahan-lahan dan kalau boleh bercerita dengan pasangan anda tentang betapa gembiranya anda dengan kelancaran majlis tersebut dan betapa seronoknya dapat berjumpa dengan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu.

Suarakan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada Allah kerana telah disatukan.


4. PELUK PASANGAN DENGAN MESRA
Kemudian peluklah dengan mesra dan berikan beberapa ciuman tetapi janganlah terlalu gelojoh. Anda tidak mahu pasangan anda tewas cepat bukan? Sambil-sambil itu, ucaplah kata-kata sayang dengan lemah lembut supaya dapat membangkitkan suasana. Barulah anda bersedia untuk peringkat seterusnya.


5. LEMBUT DAN RENTAK PERLAHAN


Mulalah dengan perlahan-lahan agar anda dan pasangan anda tidak berasa sakit. Jika terasa sebarang kesakitan, beritahu pasangan anda dan perlahankan langkah. Berikan kata-kata motivasi untuk merangsang pasangan anda dan teruskan bersentuhan dan cumbuan. Setelah fasa kesakitan tersebut berlalu, bermulalah fasa nikmat.


6. LAJUKAN RENTAK

Sewaktu ia sedang berlaku, anda mungkin berasa sesak nafas dan tidak dapat untuk berfikir dengan logik kerana sedang menikmati saat tersebut. Cari rentak yang anda dan pasangan anda selesa dan teruskan sehingga anda serasi bersama.

Anggaplah ia seperti anda sedang menari dan masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.


7. FASA KLIMAKS

Lambat laun, anda dan pasangan anda akan ketemu klimaks dan perasaan yang hadir tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia adalah perasaan yang sangat indah dan anda berasa seolah-olah berada di awang-awangan dan tidak mahu ia berakhir.


8. PELUK DAN KUCUP SETELAH BERSETUBUH

Selepas berakhirnya pertarungan yang hebat tadi, peluklah pasangan anda dengan erat dan ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama pada malam pertama ini.

Ini adalah tips malam pertama yang selalunya diabaikan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Untuk pengantin baru, amalkan peluk dan kucup pasangan. Bukan pada awal perkahwinan sahaja, jadikan ia tabiat setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin.


9. SAMBUNG PUSINGAN KEDUA (SECOND ROUND)


Jika anda dan pasangan anda larat, barangkali anda boleh beradu lagi sekali setelah masing-masing mendapat kekuatan? Pastikan anda berehat seketika dan jika anda dan pasangan sudah tidak larat, adalah lebih baik anda tidak meneruskan di atas faktor kesihatan.


10. SOLAT SUBUH BERSAMA

Ini tips malam pertama yang jarang dikongsikan. Pasangan mesti bangun awal pagi dan mandi wajib. Usah risau, semua orang di dalam rumah mertua faham keadaan pengantin baru yang bergegas ke bilik mandi. Tidak perlu malu-malu.

Selesai mandi wajib, solat berjemaah bersama-sama dalam bilik pengantin. Namun, lebih afdal jika suami berjemaah Subuh di masjid berdekatan.

AKHIR KATA
Jadikan tips malam pertama ini sebagai panduan sahaja dan diharapakan anda dapat mencipta sebuah kenangan terindah pada malam pertama ini di dalam melayari bahtera sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain.

Firman Allah;

‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.’

(Yaasin: 36)

Jangan ingat perkahwinan hanya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak falsafah perkahwinan yang perlu kita pelajari.

Selamat melayari bahtera perkahwinan yang baru!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.


*** Sumber Google

Tips Perkahwinan: 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin


Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda.



Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je

Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.

Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.

Petua tradisional

1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia


Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.


2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.


3) Timun sebagai eyemask
Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?



4) Lobak sebagai masker muka

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.



5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!







Petua moden

1) Tidur yang secukupnya


Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!



2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan


Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!



3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari

Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita.



4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!

Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.
**sumber google

Rabu, 13 Jun 2018

Selamaty Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan ini....kak sal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan2 kak sal yang budiman semua....tak lupa juga kepada rakan2 perjuangan sekalian....Maaf kan kak jika ada tersalah dan silap...terkurang dalam menyediakan servis terbaik untuk kalian semua...maaf atas segala khilaf yang berlaku....0-0 ya😊😊😊😊




Khamis, 5 April 2018

Pertandingan Make-up , Model dan Fhotoshot

Alhamdulillah...
Selesai sudah photoshoot talent k. sal dan talent Cik Tien di kawasan kg kraftangan kota bharu..
Talent k. Sal memperagakan tudung dari nuriman scarf dan makeup 100% mengunakan produk dari Giffarine Malaysia owner Syazana Rahman

Jumpa nnt di hari pertandingan 7/4/2018 kat dewan makjah pasir pekan

#makeupphotoshoot
#tudungnurimanscarf
#produkgiffarinemalaysia












Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...