Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2022

5 TIPS PENTING DALAM PEMILIHAN JURUFOTO PERKAHWINAN ANDA

 

Pemilihan jurugambar bagi merakam segala moment2 indah di hari perkahwinan itu adalah satu perkara yang penting....Mana tidaknya, anda pastilah ingin memastikan bahawa gambar yang di ambil itu mengikutcita rasa anda...Rasa tidak lengkap majlis tersebut jika tidak diabadikan dalam satu kenangan yang boleh lihat berulang kali...

Tidak hanya itu saja..pemilihan jurugambar yang betul dan berpengalaman ini mampu mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku....Hal ini kerana, banyak sahaja kes2 yang berlaku seperti selepas bertahun kahwin....masing tidak dapat memiliki gambar perkahwinan , ada juga yang jurugambar hilang tanpa berita dn ada juga yang mengambil gambar dengan cara yang tidak menarik...pasti anda mahu elakkan perkara sebegini berlaku kan....

Berikut adalah tips yang perlu anda lihat dalam memilih jurugambar perkahwinan....

1.    Senaraikan beberapa jurugambar pilihan anda.

Perkara paling utama yg perlu anda lakukan adalah dgn membuat senarai pendek jurugambar yg anda perlukan....Pastikan anda telah meneliti dan memilih art yg dio org buat....kerana setiap jurugambar...hasil yg di keluarkan adalah berbeza....cita rasa jurugambar jga berbeza..

2.    Bajet yang anda ingin keluarkan.

Ini adalah perkara yg paling penting dlm pemilihan jurugambar anda. Jika bajet anda tidak bersesuaian dgn jurugambar....anda pasti tidak boleh memilih pekej yg disediakan...Tapi ingat...jgn terlalu memilih yg terlalu murah...sebab zaman sekarang terlalu ramai SCAMER!!!!!!!
dan kualiti juga akan berkurangan....
3.    Tentukan liputan majlis yang anda mahukan..

Dalam majlis perkahwinan, biasa ada 3 event utama...
2 majlis sampingan
1 majlis tambahan yg anda tentukan sebagai kenangan..

Majlis Utama:::::
1.Akad nikah
2.Majlis Bersanding belah perempuan
3.Majlis Bertandang belah lelaki

Majlis Sampingan::::
1.Malam berinai
2.Khatam Al-Quran

Tambahan::::
1.Pre wedding
2.Outdoor

penting utk anda membuat pilihan
4.    Kenal pasti jurugambar yang berdekatan anda

sebelum anda memilih jurugambar yg jauh...adalah lebih baik anda memilih yg berdekatan dgn anda...kebiasaannya...jurugambar akan mengenakan surcaj  jika lokasi berada di luar dgn tempat jurugambar berada...seperti 
1. Caj perjalanan
2. Caj penginapan
5.    fahami pakej dan bandingan hasil kerja

Menjadi perkara penting untuk anda memahami pekej yg anda pilih...bagi mengelakkan salah faham...
anda memilih seseorang jurugambar...ini bermakna anda suka dengan art  jurugambar tersebut..

© 2022 Exclusive by abewea

Follow Instagram :

https://instagram.com/abewea_photography

https://abeweaphotography.blogspot.com/

https://www.pinterest.com/abewea_photography/                                 

https://goevents.my/listing/abewea-photography

https://g.co/kgs/yrUd

📷For Booking Your Wedding | Event |

Product Photographer please click ðŸ“·now :- www.wasap.my/601137575578

 

Khamis, 12 Mei 2022

TIPS MEMILIH “WEDDING PHOTOGRAPHER”



Macam mana nak tahu jurugambar tu bagus ke tidak ?

Meh kami kongsikan tip-tip memilih “wedding Photographer”:-

1. Semak latarbelakang jurugambar

Terdapat ramai jurugambar amatur dan professional di Malaysia ni, tinggal pilih sama ada ‘freelancer’ mahupun syarikat ternama. Contohnya, boleh la usha-usha page mereka tu banyak likers tak? So far, Miezipro ade 50,000 likers. Kalau nak lebih kepastian kan tanyalah kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang dah berkahwin. Cik adik boleh je refer previous jurugambar diorang. Tentu ada pro and cons yang mereka boleh kongsikan. Bukan apa, cuma nak elakkan kes kena tipu je. Mesti tak nak jadi macam tu kan?

2. Dapatkan informasi jurugambar

Nombor untuk dihubungi. Sekarang ni ‘famous’ dengan whatsapp kan. Senang lagi pantas.

Alamat lengkap kedai/ rumah- Alamat ni supaya anda tahu dari mana jurugambar tu tinggal atau kedainya. Bukan apa, kalau dapat jurugambar yang dekat dengan tempat perkahwinan anda kan bagus. Dah jimat kos pengangkutan kat situ. Haa nampak tak?

Website

Laman sosial seperti Facebook dan Instagram


3. Semak pengalaman jurugambar

Pengalaman jurugambar ni penting tau tak. Lagi lama dia terlibat dalam industri ni lagi bagus. Sebab skill-skill tangkap gambar pengantin ni bukan boleh dapat sebulan dua tau, makan tahun cik adik semua yer. Bukan main picit-picit jer kamera dah jadi gambar. Banyak teknik-teknik yang digunakan untuk hasilkan gambar yang cantik. Contohnya, pernah tengok tak gambar yang fokus pengantin tapi background blur. Jurugambar yang berpengalaman jek pandai cik adik. Lagi satu kan, kedudukan pengantin alaa gaya posing tu. Kalau tak kena gayanya, pengantin nampak macam kayu jek nanti dalam gambar tau. Lenggok badan, lentok kepala dan bukaan kaki ni semua diambil kira untuk hasilkan The best Photo. Ehh panjang pulak kupasannya. Senang cakap kan cik adik boleh tengok testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu. Apa kata diorang OK.



4. Semak sebut harga dan pakej-pakej yang ditawarkan

Minta senarai pakej dan sebut harga yang ditawarkan untuk anda pilih. Kebiasaannya, bermula dari RM500 sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Pastikan anda faham isi kandungan pakej-pakej tersebut. Apa jenis album, kuantiti gambar dan sebagainya. Buat ‘survey’ sekurang-kurangnya dari 3 orang jurugambar. Bandingkan ‘item’ yang akan anda dapat dalam pakej itu berbaloi ke tak dengan harganya....
jangan jumpa yang murah,...terus sambar...ermmmm
pastikan juga gambar itu berkualiti
Hati2 dgn SCAMERRRRR!!!!!!!!


5. Cas-cas tambahan

Apa itu cas tambahan? Cas ni kan tak diceritakan secara details dalam pakej-pakej tadi. Ia bergantung pada lokasi majlis Cik Adik. Lagi jauh, lagi mahal lah cas pengangkutan tu. Yang keduanya pulak cas penginapan. Kalau majlis berlangsung dua hari. Mestilah kena ada tempat bermalam kan. So, cas ni akan dimasukkan sekali dalam pakej sebagai bayaran tambahan. Haa clear tak,..






6. Kontrak perjanjian

Kontrak perjanjian diantara jurugambar dan pelanggan pun penting juga tau. Haa. Cik adik ingat nak beli rumah je ke yang kena ada kontrak perjanjian. Ishh salah tu. Kontrak perjanjian ni penting tau. Just in case lah kan jurugambar buat perangai tak muncul time majlis perkahwinan cik adik tak ke naye nak cari jurugambar last minute. Dah tu, kot ada jurugambar missing in action after cik adik buat full payment haaa haru-haru lah time nak buat police report sebab evidence pun takde. Haaa sebab tu sebelum cik adik nak hire jurugambar dan buat payment, buat black and white agreement. Kan memudahkan urusan cik adik di masa akan datang kan?









7. Temujanji


Iyee. Nak guna khidmat jurugambar pun kena buat temujanji tau. Macam cik adik jugak sebelum bercinta, kena kenal dulu orangnya siapa, duduk mana dan sebagainya. Time ni lah cik adik boleh jadi polis pencen dan tanya segala benda yang menganggu fikiran cik adik. Cik adik tanya, jurugambar jawab. Gituu.


8. Proses pembayaran

Jangan seronok dulu ye cik adik, sebelum nak berjoget zapin menanti hari bahagia anda. Pastikan tanya kat jurugambar yang cik adik pilih tu macam mana proses pembayaran album perkahwinan cik adik tu. Sama ada kena bayar sekaligus ke atau boleh buat ansuran macam beli barang kat Courts Mammoth. Selepas itu, barulah cik adik boleh tarik nafas lega dan fokus mengenai persiapan hari bahagia cik adik.



© 2022 Exclusive by abewea

Follow Instagram :

https://instagram.com/abewea_photography

https://abeweaphotography.blogspot.com/

https://www.pinterest.com/abewea_photography/                                 

https://goevents.my/listing/abewea-photography

https://g.co/kgs/yrUd

📷For Booking Your Wedding | Event |

Product Photographer please click 📷now :- www.wasap.my/601137575578

 

 


Isnin, 29 November 2021

11 Pesanan Untuk Pengantin Baharu Tentang Dunia ‘Parenting’


PESANAN UNTUK PENGANTIN BARU (TENTANG ‘PARENTING’).

Ketahuilah anak akan merubah segala-galanya dalam hidup anda. Walau bagaimana ideal sekalipun kehidupan yang kita bayangkan sebelum berkahwin dan ketika awal perkahwinan bersiap sedialah dengan perubahan-perubahan ini bersama-sama.

1)AMALKAN SIKAP TERBUKA
Pada peringkat awal perkahwinan, amalkan sikap terbuka dan sentiasalah membawa berbincang tentang apa saja kesulitan yang dihadapi. Jika dari awal kita mengambil sikap memendam rasa kerana bimbang sebelah pihak akan terguris, lama-kelamaan kita hanya menjadi lilin membakar diri yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada rumahtangga, keluarga dan diri sendiri. Tidak bersetuju pendapat adalah normal tetapi haruslah cuba untuk mencapai kata putus yang memuaskan hati kedua-dua pihak.


2)BIASAKAN DIRI DENGAN TAHUN PERTAMA

Tahun pertama menjadi ibubapa adalah tahun yang sangat mencabar kerana masing-masing bukan hanya perlu menyesuaikan diri dengan ‘orang baru’ yang cerewet, menangis, meraung, buang air tidak kira masa dan tempat, ‘fragile’, jadikan anda ‘zombie’, perlu melekap sentiasa untuk menyusu, tidak tahu serba-serbi dan sentiasa bergantung kepada anda, malah sebagai suami isteri sendiri kita masih dalam fasa suai kenal dengan teman sebilik kita. Jika tahun pertama ini tidak ditangani dengan baik, kita akan mudah terjebak dengan perselisihan faham dan berkecil hati. Sesetengah konflik boleh membawa kepada masalah komunikasi yang berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga.

3)BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN

Bersedialah untuk melakukan perubahan pada rutin dan aktiviti yang biasa diamalkan ketika bujang. Libatkan juga pasangan anda dalam aktiviti anda. Jika dia tidak berminat, sekali-sekala berceritalah tentang minat masing-masing. Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri dan tidak mewujudkan syak wasangka di kemudian hari. Apabila ahli keluarga bertambah, wujudkan family culture yang akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lakukan aktiviti bersama-sama sebagai satu keluarga. Semua ini harus dirancangkan dan bertekad dari awal.


4)BINA KEPERCAYAAN

Bina ‘trust’ yang kukuh antara satu sama lain. Kedua-kedua pihak perlu didengari, diberi suara, bertolak ansur dan bersetuju dengan isu-isu yang mungkin timbul satu hari nanti baik tentang ‘parenting’ ataupun perkahwinan.


5)PRIORITI RUMAHTANGGA

Jadikan perkahwinan dan rumahtangga sebagai satu prioriti. Tanamkan tekad untuk sentiasa luangkan masa bersama dan ‘berdating’ walau apabila ada anak nanti. Dating tidak semestinya di luar dengan meninggalkan anak-anak di rumah. Dating di rumah pun boleh. Bersembanglah tentang hal-hal kerja, minat masing-masing dan juga berbincang tentang keluarga. Tanamkan niat untuk tetapkan jadual untuk berjumpa sekali sekala waktu ‘lunch’ ketika hari kerja dan kekalkan ia supaya menjadi amalan yang berterusan. Jika diamalkan dari awal, lama-kelamaan ia akan menjadi habit yang dapat mengukuhkan hubungan antara suami isteri insya Allah. Apabila mempunyai anak, berterusanlah menjadikan keluarga satu prioriti. Tidak ada sesiapa yang akan peduli tentang pasangan dan anak-anak anda melainkan diri anda sendiri.

6) HADAPI KESUSAHAN BERSAMA

Masing-masing perlu bersedia untuk ‘evolve’ atau lakukan perubahan. Keadaan dan persekitaran mungkin akan bertukar, Oleh itu apa yang diperbincangkan dan dipersetujui hari ini juga perlu bertukar bersesuaian dengan keadaan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari jadi perlulah kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bersama-sama. Janganlah ‘lautan api sanggup ku renangi’ hanyalah menjadi madah cinta ketika segalanya mewangi dan harum ketika berdua.

7) PERANCANGAN TENTANG BAYI PADA PERINGKAT AWAL

Sebaiknya sebelum bayi lahir lagi berbincanglah tentang penjagaan bayi, siapa yang akan menjaganya terutamanya jika kedua-dua suami isteri bekerja, bagaimana jadual seharian suami isteri, penyusuannya, waktu tidurnya, susun atur rumah, rutin penjagaan kesihatan dan sebagainya, Tidak salah jika melakukan perancangan jangka masa panjang juga di awal perkahwinan contohnya tentang pendidikan anak, perancangan kewangan dan sebagainya supaya kita bersiap sedia. Bersedialah untuk dapatkan bantuan jika perlu dan jangan malu untuk belajar dan bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman dan kita percayai.


8)TIADA KESALAHAN DALAM ILMU PARENTING

Harus diingat dalam ‘parenting’ tiada kaedah yang betul dan kaedah yang salah. Kita harus terima bahawa kita dibesarkan oleh ibubapa kita dengan cara yang berbeza-beza. Tidak salah jika kita juga merancang untuk membesarkan anak-anak dengan cara yang berbeza tetapi haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dengar dan baca SEMUA nasihat ‘parenting’ tetapi pilih yang sesuai dengan dinamik keluarga kita. Apa yang baik untuk keluarga kawan kita tidak semestinya baik untuk keluarga kita. Walau bagaimanapun sentiasalah menuntut ilmu ‘parenting’ dan tidak salah untuk ubah mengikut kesesuaian. Ada kalanya kita perlu mengikut ‘instinct’ kita kerana ‘instinct’ tentang anak-anak selalunya adalah benar.

Sentiasalah mengkaji dan upgrade diri sendiri dengan ilmu. Ambil tahu tentang apa yang penting dan releven dalam dunia di mana anak-anak kita dibesarkan. Usah disamakan zaman kecil kita dengan zaman anak-anak kita.


9) RANCANG KEWANGAN DARI AWAL

Apabila mempunyai anak, perbelanjaan semestinya akan bertambah. Rancanglah kewangan dari awal. Menyimpanlah dari awal walaupun sedikit. Sediakan akaun tabungan untuk anak yang tidak akan diusik. Ketahuilah biasiswa dan pinjaman pelajaran sudah tidak banyak sekarang. Saingan juga sengit. Kita tidak tahu bagaimana pula satu hari nanti apabila anak kita meningkat dewasa. Beringatlah dari awal untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak. 17 tahun hanyalah masa yang singkat. Sedar tidak sedar anak sudah masuk ke peringkat universiti yang banyak memerlukan belanja. Berbincanglah tentang kewangan keluarga dari awal. Pastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan rela hati. Bersiap sedia juga untuk hari-hari sakit anak dan juga diri kita sendiri yang akan memerlukan belanja.


10) BUKAN SELAMANYA NAK ‘LOVEY DOVEY’

Apabila kehidupan yang ‘lovey dovey’ berdua menjadi bertiga, berempat, berlima dan seterusnya, kehidupan akan semestinya berubah. Tidur anda tidak lagi senyenyak dulu, makan asalkan tidak lapar sahaja, mandi pun tidak boleh berlama-lama, lawatan ke tandas sering terkocoh-kocoh, rumah umpama tongkang pecah, diri kurang terurus dan sering menjadi emotional, stres, keliru, takut, gementar akan segala kemungkinan dan kesilapan yang mungkin anda lakukan, INGATLAH semua ini adalah normal. Semua orang melalui situasi ini.

11) JANGAN TERLAMPAU KETAGIH DENGAN MEDIA SOSIAL

Usah dijadikan media sosial sebagai kayu ukur kebahagiaan kerana yang kita lihat di media sosial hanyalah yang indah dan wangi. Jika kita sentiasa mengamalkan komunikasi yang terbuka dengan pasangan, sentiasa mendengar dan memberi suara, insya Allah kita akan berjumpa jalan penyelesaian bagi segala kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga dan keluarga.

Buatlah apa yang terbaik untuk rumahtangga anda, keluarga anda dan anak-anak anda. Jadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan kehidupan anda sekeluarga sentiasa. Semoga Allah redha dan semoga rumahtangga yang baru dibina ini sentiasa dilimpahi rahmah dan baraqah dari Nya.




W&S Production
♥ www.wasap.my/601137575578
♥ www.wasap.my/601137575488
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com

Rabu, 24 November 2021

Perhatian bakal pengantin!


"AMBOI, cantik dan nampak berseri la pelamin dia"
Pengantin mana yang tidak mahu pelamin mereka mendapat pujian, lebih-lebih lagi selepas berhabis ribuan ringgit mengambil khidmat pakar dari butik mahupun perancang perkahwinan.

Justeru, bakal pengantin sewajarnya mengambil bahagian dengan menyumbang idea untuk merealisasikan impian hari bersejarah lengkap dengan sebuah pelamin idaman, bukan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada pihak lain atau lepas tangan sahaja.

Ini kerana pelamin merupakan salah satu elemen penting yang menjadi tumpuan, kerana ia menjadi tempat utama untuk sesi bergambar.

Tentu sekali musim cuti umum dan cuti penggal persekolahan menjadi pilihan untuk meraikan pasangan raja sehari itu.

Berikut antara tip yang dikongsikan seorang jurugambar perkahwinan,

CC: Mohamad Hafiz Hashim buat panduan bakal pengantin.....


1. Elakkan guna banyak warna.

Penggunaan tiga warna sahaja sudah cukup, dan yang paling digalakkan gunakan backdrop putih dan ditambah seri dengan bunga-bungaan atau dedaun hijau.

2. Tutup keseluruhan dewan.

Bagaimanapun jika pelamin dipasang di dalam rumah dan ruang sempit, tutup bahagian kiri dan kanan pelamin.

3. Elak halakan spotlight ke muka.

Bagi yang menggunakan lampu spotlight, jangan halakan ke muka. Cahaya yang dipancar terus akan membuatkan pengantin silau waktu bersanding, sekaligus mencacatkan gambar.

4. Gunakan satu warna untuk lampu pelamin.


Elakan lampu pelbagai warna, dan sangat tidak digalakkan menggunakan lampu yang jenis bertukar-tukar warna. Pelamin bukan fun fair.

5. Kerusi pelamin.

Pastikan tiada bunga yang menghalang di sebelah kerusi. Ini akan memudahkan jurugambar mengambil group foto.

Kebiasaannya pelamin di rumah dipasang di ruang tamu untuk ruang yang selesa dan luas.

6. Bijak memilih warna pelamin.

Pengantin bebas memilih warna tema pelamin, namun perlu diingatkan jangan memilih warna mirip dengan busana, bimbang anda bukan pengantin tetapi sesumpah!

7. Pilih ruang sesuai.

Ini sangat penting jika pelamin dipasang di dalam rumah. Pastikan tiada tiang atau objek kekal yang menghalang di depan. Pastikan juga ruang pelamin bukan laluan utama seperti laluan ke dapur.


8. Pencahayaan.

Adalah satu bonus jika pelamin yang mendapat sedikit pencahayaan semula jadi dari luar.

9. Jangan susun hantaran betul-betul depan kerusi pelamin.

Ini bukan sahaja mencacatkan gambar, tetapi menyempitkan ruang. Sebaiknya sediakan meja atau ruang di bahagian tepi untuk meletak hantaran.






W&S Production
♥ www.wasap.my/601137575578
♥ www.wasap.my/601137575488
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...