Ahad, 22 Oktober 2017

Selesai Sudah...


Siap pemasangan utk cost hari ni...


                       Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Ahad, 1 Oktober 2017

TERMA & SYARAT



Maklumat Pembayaran

Pembayaran deposit boleh dibuat menerusi akaun SAL Bridal machang akaun akan diberikan selepas anda bersetuju untuk membuat tempahan bersama dengan pihak SAL Bridal Machang. Maklumat akaun bank kami adalah seperti berikut :

SITI NOOR SALBIAH BINTI MAMAT PAUZI 
CIMB 7611316490

Pihak pelanggan perlulah memberikan butiran pembayaran seperti (tarikh & waktu bayaran / lokasi bayaran @ cara bayaran / jumlah bayaran & no resit ) sebagai bukti pembayaran kepada pihak KAMI.
Pihak SAL Bridal Machang akan menghantar slip pengesahan tempahan melalui emel@wssp anda selepas pembayaran diterima.
Maklumat Jadual Temujanji (untuk pelanggan yang mengambil perkhidmatan tempahan pakaian atau pakej penuh).


Jadual temujanji adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah :


Temujanji 1 : Perbincangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan. Sebutharga (qoutation)
akan disediakan dalam tempoh seminggu dan dihantar melalui email@wssp kepada
pelanggan.
Temujanji 2 : Perbincangan kedua.
Temujanji 3 : Fitting Baju 1
Temujanji 4 : Fitting Baju 2
Temujanji 5 : Final Fitting / Pelanggan mengambil baju tang ditempah / sewa.

Sebarang temujanji tambahan atas permintaan pelanggan akan dikenakan kadar sebanyak RM50 / 1 jam

Maklumat Am
1. Pelanggan perlu mematuhi dan memahami bersetuju dengan terma & syarat yang diberikan.
2. Pihak kami akan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya pihak pelanggan tidak mengikuti terma & syarat yang telah ditetapkan.

Pihak kami berharap, pihak pelanggan dapat menghormati segala terma & syarat yang telah ditetapkan. Butiran pada terma & syarat akan berubah jika terdapat sebarang perubahan dari masa kesemasa.


*** Bayaran DEPOSIT / BOOKING tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan di buat oleh pelanggang sendiri.






TERMA & SYARAT

TERMA DAN SYARAT SAL BRIDAL MACHANG


Terma & Syarat
Tempahan Perkhidmatan Dekorasi Perkahwinan / Solekan Pengantin


1. Bayaran pendahuluan (deposit) boleh dibuat sejurus selepas kedua-dua pihak (SAL BRIDAL MACHANG) dan pelanggan bersetuju dengan sebut harga yang dikeluarkan. Tiada tempoh minimum / maksimum untuk perkara ini.


2. Bayaran baki daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui perlu diselesaikan dalam tempoh 3 minggu – 1 minggu daripada tarikh majlis/ perkhidmata .


3. Kami tidak membenarkan pembayaran baki selepas tarikh majlis selesai.


4. Kadar bayaran deposit adalah sebanyak 30% daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui untuk pengesahan tempahan.


5. Sekiranya bayaran pendahuluan (deposit) tidak dibuat dan tempahan masih belum dapat disahkan, pihak kami berhak untuk mengambil tempahan daripada pelanggan lain walaupun pada tarikh yang sama. SEBARANG PERJANJIAN SECARA LISAN TIDAK DIKIRA.


6. Wang pendahuluan (deposit) tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan atas sebab-sebab pelanggan sendiri disaat-saat akhir. (Tiada had minimum untuk perkara ini).
Sekiranya pihak SAL Bridal Machang perlu membuat sebarang perubahan harga (bergantung kepada perubahan harga semasa dan juga harga pembekal) selepas pembayaran deposit dibuat, perkara ini akan dibincangkan dan mendapat pengesahan kedua belah pihak iaitu SAL Bridal Machang dan pelanggan.


8. Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat pembatalan pakej dan juga mengurangkan harga pakej setelah pembayaran deposit telah dibuat.
Sekiranya pihak pelanggan terpaksa menukarkan tarikh majlis (tempahan perkhidmatan SAL Bridal Machang) pihak kami hanya membenarkan penukaran tarikh sebanyak 1 kali sahaja dengan kadar bayaran RM50 dan sekiranya tarikh tersebut telah penuh maka TIADA PULANGAN WANG PENDAHULUAN.


10. Setiap sebut harga (quotation) yang kami tawarkan atau keluarkan kepada setiap pelanggan hanya layak untuk tempahan dalam tempoh 1 bulan sahaja. Sekiranya ia telah melebihi tarikh sebut harga itu dikeluarkan, secara automatik ia akan terbatal dan pelanggan akan menerima harga yang baru.


11. Caj tambahan pengangkutan dan penginapan (jika perlu) akan dikenakan kepada pelanggan yang membuat tempatan diluar kawasan kuala lumpur . Harga tersebut bergantung kepada jarak tempat dan kawasan .



Sewaan Peralatan / Pakaian Pengantin

1. Pihak SAL Bridal Machang akan mengenakan caj wang cagaran keatas peralatan yang disewa, sekiranya peralatan yang disewa dipulangkan, wang cagaran akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Caj cagaran adalah bergantung kepada peralatan yang disewa.


2. Sekiranya ada kerosakan yang didapati pada peralatan yang disewa, pihak kami akan mengenakan caj ganti rugi ikut pada jenis kerosakan.


3. Pihak pelanggan perlu menyerahkan baju yang disewa kepada butik pengantin dalam tempoh 2 hari selepas majlis berlangsung. Proses penghantaran perlu diuruskan oleh pelanggan sendiri. Sekiranya penghantaran dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan penalty RM100 akan dikenakan.


4. Sekiranya pelanggan ingin menyewa peralatan perkahwinan, deposit akan diambil bergantung pada jenis barang yang ingin disewa.Jika pelanggan menghantar semula barangan tersebut dalam keadaan yang baik, bayaran CAGARAN akan dipulangkan semula dan hanya caj sewa akan dikenakan.


5. Pihak kami akan mengemas segala dekorasi di majlis pelanggan selepas majlis berlansung. Kami tidak membenarkan dekorasi ditinggalkan di majlis pelanggan selepas majls berlansung.


6. Jika pelanggan ingin dekorasi ditinggalkan lebih 1 hari. Caj RM200 / sehari akan dikenakan . Sebarang perubahan akan diberi






Selasa, 12 September 2017

Majlis bEreNdoi

Haiiii....
yg mana tengah mencari buai berendoi tu...me lah tgk2 sini...harga mampu milik untuk aqiqah si comel anda...meh PM cepat...


##salbridalmachang##buaiberendoibajet##pelamin bajet##pelaminmurah##makeup##pekejbertunang##pekejbertandan##pekejminipelamin##



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Rabu, 6 September 2017

Sekitar Majlis Persandingan di Musim Cuti Sekolah


ni lah sikit sebanyak Job yg akak dapat di musim cuti sekolah dan perayaan Aidiladha 31/8/2017-03/9/2017 yang lepas...emmm...byk lagi yg x sempat nk snap gambar...hukhukkk
Alhamdulillah....


















































Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Isnin, 28 Ogos 2017

Bersyukurlah....



Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga


Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dlm hati kita..

Yg hidup dikampung berasa nak ke bandar, yg dibandar pula ingin pulang ke kampung...

Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah...

Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian...

Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah satu lagi.. :sweat_smile:..Hehehe..

Setelah berkeluarga ngeluh belum dpt anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...

Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..

Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....










Rabu, 23 Ogos 2017

TeRima KasiH Adik BakAl peNgantin


Alhamdulillah....ada dua sekalu booking...
Tanjung Chat, Kota Bharu - 7/12/2017
Kok Lanas - 9/12/2017
JIKA ADA  KERAGUAN...BLH TERUS PM KAK SAL YE...

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Syukur

Walaupun tak kaya…
   biarpun tak bergaya….
Alhamdulillah….
Syukur selalu..
Kata orang….Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus…Jadikan persaingan
menjadi bahagian nikmat dari Allah yg bisa membuat diri kita semakin lebih baik & membuat kita mampu berbuat yg terbaik….
Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan…
   Ya Allah,
 Berikanlah aku hidayah dan keteguhan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-
Mu hidayah dan keteguhan….
   Ya Allah,
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang
buruk, teman yang jahat, dan tetangga yang jahat ……
   Ya Allah,
  Aku berlindung kepada-Mu dari teman dekat yang suka menipu, matanya melihatku,
 tetapi hatinya mencurigai aku. Jika ia melihat kebaikanku, ia sembunyikan. Tetapi jika ia melihat keburukanku, ia sebarkan…..
Alhamdulillah....lepas ni..nak servis pelamin...tak perlu nak sewa lori/van dah...apa2 pom...bawa p klinik luh...hahahahaha



#salbridalmachang

#pelaminbajet

#pelaminmurah

#mekapmurah

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Tahukah Anda? : 15 Pantang Larang Bakal Pengantin

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, perlu diketahui beberapa pantang larang yang ditekankan sebagai satu peringatan dan nasihat.

Sebut sahaja pantang larang, haruslah dikaitkan dengan kepercayaan. Tapi jangan pula anda di luar sana berpendapat seperti mistik atau perkara-perkara yang syirik pula. Cuma pantang larang ini hanya kepercayaan orang dahulu kala. Yalah, masa dulu mana nak ada internet wifi semua ini. Jadi mereka pun mereka petua, pantang mereka sendiri. Hasilnya adalah turun-temurun diamalkan.

Jadi dalam post hari ini, admin ingin kongsikan 15 pantang larang yang bakal pengantin boleh ikuti. Mana lah tahu, berkesan atau berhasil untuk pembaca sekalian amalkan? Kan?

15 Pantang Larang

1) Jangan keluar dengan pasangan sebelum diijabkabul
Dinasihatkan supaya tidak keluar bersama pasangan 40 hari sebelum dinikahkan kerana bagi mengelakkan kata-kata tomahan masyarakat. Lebih-lebih lagi ini kerana bagi tujuan mengawal nafsu masing-masing. Bukan apa, bila dah lama tidak berjumpa mestilah lahir rasa rindu kan? Jadi, bila hari besar kunjung tiba, anda akan begitu teruja berjumpa sang kekasih pemilik hati.

2) Elakkan makan ulam-ulaman/buah-buahan yang akan mendatangkan bau mulut
Seeloknya anda berhenti makan ulam-ulaman yang boleh menyebabkan bau mulut seperti petai, jering dan sebagainya. Terutamanya dua tiga hari menjelang hari bahagia. Bayangkan jika malam sebelum akad nikah, anda makan durian dua tiga biji, bukannya bau boleh hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan pula tok kadi yang ditugaskan untuk menikahkan anda dan pasangan.

3) Jangan mandi malam
Jika kita ikut nasihat doctor juga mereka nasihatkan supaya tidak mandi malam. Jam 10 dan ke atas sudah dikira lewat apatah lagi jika anda memilih untuk mandi jam 2-3 pagi. Hal ini kerana mandi malam/awal pagi dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga dalaman.

4) Kurangkan makan makanan laut
Walaupun makanan laut tidak dapat ditandingi kesedapannya seperti ketam, udang, lala, sotong, dan lain lain lagi. Nak pula jika dimasak kukus, panggang, goreng dan pelbagai aneka cara masakan lagi, tapi haruslah anda ingat, bahawa makanan laut ini mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Oleh itu had kan pengambilan anda supaya badan sihat dan kuat.

5) Elakkan makan dan minum yang sejuk
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang sejuk? Contohnya adalah seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa. Ini adalah antaranya makanan dan minuman yang bersifat sejuk. Jadi elakkan pengambilan makanan dan minuman ini lebih lagi jika hari bahgia menghampiri anda agar muka tampak segar di hari bahagia.

6) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah
Orang-orang tua menasihati bakal pengantin untuk tidak makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

7) Mengamalkan pengambilan jamu
Untuk bakal pengantin di luar sana, adalah digalakkan anda untuk mengamalkan pengambilan jamu dari awal. Ini untuk kesihatan dalaman dan juga untuk menambahkan kehangatan malam pertama anda.

8) Jangan sering memilih untuk bermalam di rumah orang
Ini bagi menjaga nama baik keluarga. Terutamanya bagi gadis, bukan apa, walaupun jika anda bermalam di rumah keluarga bakal suami, tapi pandangan masyarakat yang melabel anda. Jadi, untuk elakkan kata kurang manis, jangan bermalam di rumah orang.

9) Pastikan tidur anda cukup
Jika tidur cukup, muka pun nampak berseri, dan hati pun senang.

10) Elakkan minum soya dan makan timun
Dipercayai soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.

11) Jangan makan kepala ayam
Ops! Masih ada ke di luar sana yang makan kepala ayam? Admin nasihatkan bakal pengantin di luar sana untuk berhenti makan kepala ayam menjelang hari bahagia anda. Ini kerana kepala ayam ini akan membuatkan anda mengantuk. Kalau mengantuk masa bersanding nanti bagaimana? Susah pula.

12) Jangan memakai celana dalam ketat

Terutamanya bagi kaum lelaki. Dinasihatkan supaya anda tidak memakai celana dalam yang ketat kerana tidak bagus untuk sperm dalaman anda. Jangan tidak tahu pula ya, tidur meniarap juga tidak bagus. Sebab utamanya adalah peredaran darah sekitar organ terganggu. Jadi, elakkan!

13) Jangan makan sebebasnya
Bila anda memilih untuk makan sebebasnya, tanpa pantang bimbang nanti lain pula penyakit yang datang. Hal ini kerana, dengan pemakanan yang tidak dijaga akan menyebabkan gangguan system dalaman.

14) Jangan berembun, keluar malam, keluar tanpa tujuan bagi mengelakkan unsur jahat
Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku pada bakal pengantin. Serta kita harus ingat bahawa bukan kita sahaja yang ada di dunia ini. Turut ada kehidupan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma ini untuk kita beringat, supaya jangan pula dari majlis nikah bertukar majlis lain pula nanti.

15) Urutan sebelum menjelang hari bahagia
Mungkin ada yang memilih spa, tapi sebenarnya jika anda boleh dapatkan bantuan dari orang-orang lama yang mahir dengan urutan tradisional, itu adalah lebih digalakkan. Kerana urutan tradisional lebih membantu dalam memulihkan otot-otot dalaman anda.

Pantang larang itu tidak salah. Kerana ia seolah olah nasihat orang tua dahulu kala. Ini adalah cara mereka menasihati kita iaitu golongan muda untuk lebih beringat. Cuma haruslah dipastikan bahawa jangan pantang larang ini bertentangan dengan ajaran Islam pula.

Tepuk dada tanyalah iman.

Google.....

8 Tip Sihat Awet Mudah Cara Malaysia

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk kekal aktif dan pada yang sama kelihatan awet muda. Ikutilah 8 tip mudah ini untuk kekalkan awet muda Malaysia.

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk kekal aktif dan pada yang sama kelihatan awet muda. Kesibukkan tugas harian juga kadang-kadang membantutkan usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an saya yakin bahawa cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.
8 tip awet mudah mudah untuk anda amalkan:

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.

sumber Dr gOOgLe

Ahad, 13 Ogos 2017

Jom Booking



Assalamualaikum semua..

jom booking sekarang pakej pelamin murah...hok alooss la meh cepat2..kli nk pelamin comel,mekap comel,baju comel..tak payah cari lain dh heheh...pakai ambil nga k.sal jah eh...

Pah klu adik2 kakok jenis mudah baso..k.sal lg la seney kiro..ha gitew...tak nafi la ramai bridal pakat wak promosi trek ni..

Mekap atas customer nk lagu mana...hop peting book dulu sbb takut tarikh hok nk tu dey kokte lain....

Wasap k.sal laju2 deh...ada rezeki gak temu la kita..insyaAllah..

##01137575578

##01137575578

##01137575578

Hok mana dop cri tuh,ph ada tgk hok k.sal masok kot fb,ig tuh cepat2 wasap laluh...pah taq lah ko saim2 hak nk nikoh tuh..kesian dia dok cri2 pelamin come tp murah tak jumpa...taq deh..tq...muahhhh..muahhh

##SAL BRIDAL MACHANG##


##Pelaminmurah##pelaminbajet##pelaminrumah##pelamindewan##pelaminkhemah##pelaminsimple##pelaminjeluwok##pekejbrtunang##pekejpelaminbajet##mekappengatin##mekapbrtunang##mekapsimple##...

Ok mana2 nk tanya pasal pelamin bajet ko apo ko meh wasap k.sal selalu

##011-37575578

##011-37575578







Ahad, 6 Ogos 2017

Majlis Bertunang 5/8/2017

  Alhamdulillah...
selesai sudah job utk semalam...
majlis bertunang... cust kuala krai..
lega rasanya...cust pn berpuas hati...

#salbridalmachang
#pelaminbajet
#pelaminmurah



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.


Berminat Dengan Sentuhan Sal D'Touch...

 Assalamualaikum wrt...

berminat dgn sentuhan saya...Jom singgah hihihiii
Open Booking ye...
#salbridalmachang
#pelaminbajet
#pelaminmurah





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Rabu, 2 Ogos 2017

Alhamdulillah....

Rezeki dari Allah swt tak pernah salah alamat....syukur selalu..

Hai adik kakak...yang mana belum booking lagi....masih mencari pelamin bajet...lekaih...lekaih book tarikh korang..
yang ni majlis 01/12/2017
Insya-Allah puas hati
Jangan lupa singgah di wall hakak ye...tq2..

#salbidalmachang
#pelaminbajet
#pelaminmurah
#sald'touch




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.

Ahad, 30 Julai 2017

Jom Singgah

Haiii....
yang mana sedang mencari lagi tu...
jom singgah kat SAL Bridal Machang (SBM)
tanya saja pun tak perr...

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah


Sila klik LIKE utk info terkini.

10 persediaan penting bagi lelaki sebelum bernikah



Perkahwinan dapat diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di tengah samudera kehidupan untuk menuju ke sebuah destinasi yang abadi iaitu kematian. Memang, jarang sekali kematian dikaitkan dengan perkahwinan tetapi itulah yang sering kita harapkan daripada pelbagai ucapan dan ungkapan iaitu semoga perkahwinan itu berakhir hanya dengan kematian dan bukannya perceraian atau terburai di tengah jalan.

Kita selalu mengucapkan kepada pasangan pengantin semoga berbahagia ke akhir hayat atau semoga kekal perkahwinan mereka sehingga ke anak cucu. Maksudnya semoga perkahwinan kalian itu kekal sehingga mati. Jika begitulah kehendaknya maka bagaimanakah seharusnya kita perlu bersedia dan bersiap diri sebelum menuju ke alam rumahtangga dan menjadi seorang suami kepada seorang wanita dan bapa kepada anak yang akan dilahirkan ?

Ramai lelaki tidak berfikir panjang dan bersedia bersungguh-sungguh untuk bernikah sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh nafsu dan kehendak yang meluap-luap untuk segera menikmati keseronokan alam rumahtangga dan menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri. Perbuatan ini selalu membawa penyesalan dan penderitaan yang berpanjangan baik kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Membina rumah dari kayu dan papan pun boleh membawa bahaya dan musibah jika ianya tidak kukuh, kurang persediaan dan salah perancangan inikan pula jika membina sebuah kehidupan yang menampung pelbagai nyawa, hati dan perasaan tanpa persediaan, kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi.

Bukan sahaja bahaya, bahkan derita, sengsara dan juga iman kerap kali menjadi mangsa dan dikorbankan oleh nafsu dan hasutan syaitan yang gemar mempermainkan pasangan-pasangan muda sehingga terjadi perceraian atau pergaduhan tanpa henti dan kehidupan masing-masing penuh dengan duka serta masa depan yang suram.

Perkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya.

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud :“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya untuk menghasut manusia melakukan kejahatan. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah melakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis pun menjawab : ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.” Nabi sallallahualaihi wasallam melanjutkan,“Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku telah mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis pun memanggilnya agar dia dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Perkahwinan adalah amat berkait rapat dengan aqidah seperti baju dengan jarum. Walaupun baju adalah sejenis pakaian dan diperbuat daripada kain manakala jarum pula adalah besi yang berasal daripada logam namun hubungkait antara keduanya amat sinonim kerana tanpa jarum maka baju itu tidak akan dapat dijahit sama sekali.

Begitulah aqidah dan perkahwinan.

Aqidah ialah ikatan antara seorang hamba dengan tuhannya dan syaitan pasti akan melonggarkan ikatan tersebut dan berusaha merungkaikannya. Di sisi orang yang beriman, perkahwinan akan menjadi alat untuk mengukuhkan ikatan tersebut apabila hubungan suami isteri, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang terbina dapat menjadi nikmat dan kekuatan kepada diri masing-masing di dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Namun bagi mereka yang lemah imannya maka perkahwinan akan menjadi alat kesukaan syaitan yang dipermainkan untuk menyesatkan manusia. Waktu itu, suami isteri, anak-anak akan bertukar menjadi fitnah dan penyebab kerosakkan dan pemutus hubungan dengan tuhannya.

Berapa ramai pasangan yang bergaduh dan bercerai kemudian menjadi berputus asa terhadap rahmat Allah dan semakin jauh daripadaNya ? Berapa ramai pula alim ulama dan pendakwah yang mengabaikan perjuangan kerana masalah rumahtangga dan isu kekeluargaan yang menimpa dirinya ?

Itulah fitnah yang perlu diawasi oleh orang yang beriman.

Oleh yang demikian, persediaan sebelum perkahwinan adalah amat mustahak dimiliki oleh setiap pasangan khususnya bakal-bakal suami dan lelaki yang akan menjadi ketua keluarga dan pemimpin dalam kehidupan isteri dan anak-anaknya.

Al-Quran dan As-sunnah telah memberitahu kita tentang pelbagai persediaan yang perlu dilakukan oleh para pemuda sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan. Di antara semua senarai persediaan yang banyak itu terdapat 10 persediaan yang paling penting untuk diperhatikan dan diusahakan oleh anak-anak muda sebelum menyahut gelaran sebagai seorang suami.

1. Memiliki aqidah yang sahih

Aqidah yang sahih bermaksud ikatan kepercayaan dan pegangan di antara seorang hamba dan Allah SWT yang terjalin secara benar dan sah disisi agama melalui pertunjuk Al-Quran dan As-sunnah yang sahih. Hal ini menjadi asas dan perkara yang paling penting dan utama dimiliki oleh seorang muslim sebelum melakukan sebarang urusan keagamaan yang lain.

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan wanita-wanita mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin itu adalah lebih baik dari orang lelaki yang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak kamu ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah : 221)

Sebelum bernikah dan mendirikan rumahtangga maka hendaklah seseorang anak muda atau lelaki itu berusaha membersihkan aqidahnya dari sebarang kesalahan dan kesilapan dan berusaha memperkukuhkan keimanan dan keyakinannya kepada Allah SWT menurut ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

Buah dari aqidah yang benar ialah tauhid yang tulus dan suci serta bersih daripada syirik dan kekufuran. Inilah yang mesti dimiliki sebelum memasuki gerbang pernikahan agar pasangan atau isteri serta ahli keluarga terselamat dari kesesatan dan diredhai oleh Allah SWT.

2. Mempunyai tujuan dan perancangan hidup

Perkahwinan ialah alat atau wasilah dan bukanlah merupakan matlamat hidup seseorang. Apa yang berlaku dalam perkahwinan ialah dua insan menjadi pasangan dan hidup bersama secara halal.Perkahwinan tidak akan mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik atau lebih buruk sebaliknya perkahwinan adalah alat yang bergantung kepada cara seseorang itu menggunakannya untuk mencapai sesuatu tujuan.

Daripada Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra yang berkata : Aku mendengar rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda :“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat dan setiap amalan itu dibalas menurut apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk tujuan dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang diniatkan olehnya.” (hadith riwayat Muslim)

Seperti kereta ia adalah kenderaan yang boleh dipandu ke mana-mana yang kita mahu tetapi kitalah yang mesti menetapkan arah tuju dan destinasinya. Kereta itu tidak boleh bergerak sendiri atau membawa kita ke mana-mana jika kita tidak memandunya atau tidak mengetahui arah tuju yang harus diambil. Perkahwinan ialah seperti kereta yang tidak akan bergerak ke mana-mana tanpa mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas.

Maka adalah penting bagi suami dan seorang bapa untuk memimpin keluarganya menuju ke sebuah destinasi dan matlamat tertentu dengan menggunakan perkahwinan dan keluarganya sebagai kenderaan. Oleh itu sebelum melangsungkan pernikahan hendaklah dipastikan kita memiliki matlamat dan tujuan jelas yang mahu dicapai dari perkahwinan ini agar ianya dapat membantu kita memimpin dan memandu perkahwinan menuju ke matlamat yang dimahukan.

3.Mempunyai asas kekuatan jiwa dan kawalan diri

Kekuatan jiwa bermaksud kekuatan hati dan keperibadian yang dimiliki oleh seseorang yang dapat menyebabkan dia mampu mengawal dirinya dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Antara asas kekuatan jiwa yang paling mustahak untuk dimiliki oleh seseorang lelaki sebelum melangkah ke alam perkahwinan ialah seperti kesabaran dan kawalan diri dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Kita perlu memahami bahawa dalam perkahwinan, suami mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting. Kebahagiaan isteri dan neraka mereka adalah bergantung kepada sikap suami dan kekuatan peribadi sang lelaki dalam mengawal diri. Jika suami seorang yang pemarah, kaki pukul dan gagal mengawal diri maka banyak bahaya dan kemudharatan dikhuatiri akan menimpa pihak isteri yang boleh mengakibatkan kehancuran rumahtangga dan pelanggaran hukum Allah SWT.

Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

Adalah haram menikahi seorang wanita dengan niat untuk melakukan kemudharatan terhadap dirinya atau dalam keadaan tidak bersedia dan tidak mampu untuk memenuhi keperluannya sehingga menyebabkan kesusahan dan mudharat kepada agama, nyawa, akal dan maruah serta hartanya yang dipelihara oleh Islam. Oleh yang demikian persediaan kekuatan jiwa dan kawalan diri sebelum berkahwin ialah wajib dimiliki oleh setiap lelaki muslim agar diri mereka layak menjadi pemimpin dan ketua keluarga yang berkemampuan menegakkan hukum Allah SWT dalam rumahtangga mereka.

4. Mampu membaca kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

Tidak ada petunjuk selain petunjuk Allah dan Rasul-Nya dan petunjuk tersebut hanya akan dapat diperolehi jika kita mampu membaca dan memahami isi kandungan kitab Allah SWT dan sunnah rasul-Nya. Sebagai ketua keluarga, lelaki Muslim bertanggungjawab membawa ahli keluarganya ke jalan Allah SWT dan menyelamatkan mereka dari menjadi bahan bakar api neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim : 6)

Adalah menjadi syarat yang penting bagi seorang bapa dan wali kepada perempuan untuk memastikan calon suami kepada anak-anak gadis mereka mampu membaca kitab Allah dan boleh merujuk kepada sunnah rasululullah salallahualaihiwassalam. Sekurang-kurangnya dia mampu menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan boleh menjadi Imam dalam keluarganya, mampu membuka tafsir dan merujuk kitab-kitab tafsir atau kitab terjemahan untuk mempelajari maksud-maksud ayat-ayat Allah SWT dan mengambil pelajaran daripadanya.

Juga dia mampu untuk membaca hadith-hadith rasulullah salallahualaihiwassalam dan boleh mencari rujukan dan pelajaran dari hadith-hadith tersebut walaupun dengan bantuan kitab-kitab terjemahan dan buku-buku hadith yang ringkas seperti hadith 40 karya Imam Nawawi atau Riyadhus Solihin bagi mengajarkan ahli keluarganya kehidupan menurut sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

5. Mengetahui tentang halal dan haram dan cara beribadah (fardhu ain)


Seorang lelaki yang telah mukallaf dan berhasrat untuk bernikah wajib mengetahui perkara yang halal dan haram dalam agama serta cara untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT yang disebut sebagai ilmu fardhu ain sebelum dirinya layak untuk bernikah dan menjadi ketua keluarga. Hal ini amat penting kerana tanpa mengetahui apa yang halal dan haram, bagaimana dia akan mampu untuk membimbing isterinya dan menunaikan kewajipannya sebagai suami mahupun sebagai hamba Allah ?

Hubungan suami isteri seperti apa yang dibenarkan dan diharamkan, cara bersuci, cara solat dan seluruh perkara yang melibatkan halal dan haram menurut Islam perlu diketahui oleh seorang mukallaf sebelum menjejakkan kakinya ke alam perkahwinan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka". (Al-A'raf : 157)

Apa yang perlu diketahui oleh seorang lelaki itu sebelum bernikah ialah perkara-perkara asas dan hukum halal dan haram yang telah jelas dari Al-Quran dan As-sunnah. Hal ini tidak semestinya dihafal atau dikuasai di dalam kepala tetapi bermaksud dia mampu mencari rujukan, membaca buku atau boleh mendapatkan pengetahuan tentang halal dan haram apabila berdepan dengan sesuatu situasi. Namun adalah lebih baik seorang Muslim itu bersedia dan mengetahui tentang apakah perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah SWT kerana hal itu termasuk dalam perintah untuk menuntut ilmu dan mencari petunjuk.

6. Mempunyai kesihatan yang baik

Kesihatan yang baik ialah merupakan perintah agama dan menjadi salah satu sifat dan kelebihan kepada orang yang beriman. Islam amat mementingkan penjagaan makan, kesihatan diri seperti kebersihan dan kecergasan badan. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang menyebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

Persediaan kesihatan sebelum bernikah bermaksud menjaga diri daripada penyakit berjangkit, virus dan kuman berbahaya serta apa-apa yang boleh memudharatkan pihak isteri dan keluarga yang akan dibina. Selain daripada itu hendaklah seorang lelaki muslim menjaga kesihatannya seperti bersenam, menjaga pemakanan agar dirinya tetap sihat dan segar untuk pernikahan dan tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas bernikah.

Ada orang yang tidak menjaga kesihatannya sehingga mendapat penyakit berbahaya dan menyusahkan seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Hal ini akan menganggu hubungan suami isteri dan menjadi beban dalam perkahwinan apabila ianya tidak dijaga dan diselia dengan baik. Kesihatan adalah rezeki dan anugerah daripada Allah SWT tetapi hendaklah dicapai dengan usaha dan disiplin diri dalam menjaga makan dan minum serta rajin bersenam dan memelihara kebersihan diri.

7. Mempunyai pengetahuan tentang seks dan mampu melakukannya dengan betul

Hubungan seks ialah salah satu di antara tujuan penting perkahwinan iaitu untuk memuaskan fitrah dan nafsu di jalan yang halal. Oleh yang demikian mana-mana pasangan yang hendak mendirikan pernikahan perlulah mengetahui ilmu asas dan persediaan untuk memenuhi fitrah masing-masing secara halal dan baik serta bersedia baik dari segi fizikal dan emosi.

Sebagai seorang lelaki muslim, dia perlu bersedia untuk memenuhi keperluan fitrah dirinya dengan cara yang betul dan bersedia untuk memenuhi keperluan isterinya pula dengan cara yang baik dan berkesan. Persediaan itu termasuk mengetahui biologi dan fitrah wanita seperti kitaran haid, penyakit-penyakit kelamin seperti masalah keputihan, isu hubungan badan seperti ransangan dan membangkitkan rasa ghairah sebelum jimak agar tidak wujud kesakitan kepada pihak isteri dan mampu menjadikan hubungan seks sebagai nikmat dan kegembiraan bukan masalah dan kesedihan.

Syeikhul Islam, Ibn Taimiyyah ra menyebutkan bahawa hendaklah seorang suami itu melakukan hubungan seksual dengan isterinya menurut cara yang mampu memenuhi keperluan isterinya selama ianya tidak membawa mudharat kepada fizikalnya.

Dalam hal ini para lelaki Muslim hendaklah bertanyakan kepada orang tua atau mereka yang arif tentang petua dan panduan yang boleh membantu mereka melayari perkahwinan dan memberi kepuasan kepada pihak isteri.

Dari ‘Ummul Mu’minin ‘Aisyah ra berkata: Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya.” (Riwayat tirmidzi)

Keperluan seksual lelaki dan perempuan adalah berbeza serta cara masing-masing mencapai nikmat dan keseronokan juga adalah tidak sama maka hendaklah pihak lelaki dan bakal suami mempelajari dan menguasai pengetahuan ini agar dapat memberikan layanan yang terbaik kepada isteri masing-masing.

8. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan serta tempat tinggal


Termasuk diantara syarat-syarat asas untuk mendirikan rumahtangga ialah pihak suami atau lelaki itu mempunyai kemampuan untuk memberikan nafkah dan memenuhi keperluan asas keluarganya serta menyediakan tempat tinggal yang selamat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (At-Talaq : 6)

Tidak disyaratkan untuk memiliki rumah yang besar atau mewah tetapi hendaklah ianya mampu melindungi keselamatan isteri dan auratnya serta dapat memberikan perlindungan dari hujan dan panas serta tidak memudharatkannya untuk menetap di dalamnya.

Oleh yang demikian maka para lelaki Muslim dan bakal suami hendaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang mampu untuk membiayai sara hidup dan kehidupan isterinya bersama keluarga sebelum mendirikan pernikahan dengan cara bekerja atau berniaga.

Hal ini kerana Islam mementingkan persediaan dan pekerjaan bersungguh-sungguh bukan hanya meminta-minta dan mengharapkan bantuan atau sedekah tanpa usaha gigih yang bercanggah dengan sikap Islam.

Firman Allah SWT : “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan (sara hidup dan rezeki).” (An-naba : 10-11)

Diriwayatkan dari Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi SAW yang bersabda dengan bermaksud: "Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia memikul kayu tersebut untuk ke pasar dan menjualnya demi menjaga kehormatannya, maka nescaya hal yang demikian itu adalah lebih baik baginya daripada perbuatan meminta-minta kepada orang lain, baik dia diberi atau pun ditolak." (Hadith riwayat Bukhari)

9. Memiliki kekuatan untuk menjaga dan melindungi keselamatan isteri dan keluarga


Islam menjadikan lelaki sebagai pemimpin wanita kerana kekuatan dan kelebihan yang ada pada kaum lelaki untuk memelihara dan melindungi wanita. Sebelum bernikah, seseorang wanita itu akan berada dibawah pemeliharaan walinya yang bertanggungjawab ke atasnya. Namun apabila dia sudah menikah maka tugas untuk melindungi dan menjaga keselamatan dirinya, agamanya dan memelihara dirinya daripada bahaya dan fitnah adalah terletak di atas bahu suaminya.

Daripada Abdullah ibn Amru ibn As ra bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Dan bagi isteri kamu itu mempunyai hak ke atas kamu.” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian hendaklah bakal suami dan lelaki muslim yang akan bernikah bersedia menyiapkan diri dengan kekuatan dan kemampuan fizikal dan mental serta persediaan yang perlu untuk melindungi isterinya daripada bahaya dan gangguan manusia dan syaitan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Di dalam hadith di atas menyebutkan bahawa mempertahankan keluarga termasuk di antara penyebab kepada mati syahid sebagai menunjukkan bahawa ianya adalah kewajipan dan tugas yang besar di sisi agama. Untuk melaksanakan tugas mempertahankan keluarga seperti yang disarankan oleh hadith di atas maka hendaklah lelaki Muslim atau bakal suami itu memiliki kekuatan dan persediaan.

Kekuatan di sini bukan sahaja bermaksud kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan mental dan kebijaksanaan serta kemampuan baik dari sudut kewangan, kepandaian atau memiliki hubungan ramai dengan pihak yang mampu menghulurkan bantuan untuk membantu melindungi isteri dan keluarganya daripada sebarang bahaya dan fitnah.

10. Memiliki kemahiran asas dalam hidup

Rumahtangga ialah seperti kenderaan yang tidak berguna jika kita tidak tahu memandunya atau tidak tahu ke mana mahu dituju dengannya. Oleh yang demikian adalah penting bagi seorang pemandu yang mahu memandu keluarganya agar tahu dengan selok-belok kehidupan serta mempunyai kemahiran yang asas dalam pelbagai pengetahuan hidup seperti komunikasi, pertukangan, memperbaiki perkakasan rumah dan elektrik, menyelia kenderaan dan automotif atau mampu mengendalikan kecemasan dan rawatan cemas apabila diperlukan.

Hidup ini adalah misteri dan penuh dengan ujian dan dugaan. Kita haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang boleh membantu kita di dalam mendepani cabaran kehidupan apabila tibanya saat-saat yang memerlukan. Malang tidak pernah berbau seperti kata orang maka tidak rugi bahkan menjadi kewajipan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu atau dua kemahiran asas dalam hidup yang dapat menjadi bekalan dalam memimpin keluarga dan rumahtangga.

Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri amat mengalakkan umatnya belajar menunggang kuda, berenang dan memanah di zaman baginda. Pada hari ini kemahiran yang penting ialah seperti kemahiran IT, kaunselling, motivasi dan kemahiran pertukangan dan memperbaiki alatan elektrik dan menyelia kenderaan jika rosak di tengah jalan.

Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan

sumber : ustaz emran
http://ustaz.blogspot.my/

Khamis, 27 Julai 2017

Nak Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan? Ini Rahsianya

Hari perkahwinan merupakan saat dan momen yang cukup penting seumur hidup. Detik inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan bercinta. Jadi, tidak hairanlah semua pasangan mempelai ingin tampil cantik dan sempurna sehingga ribuan mata orang terpegun melihatnya! Sebagai bakal ratu sehari, ada beberapa tip perkahwinan yang perlu anda praktik jika mahu tampil lebih cantik dan berkeyakinan di hari istimewa itu nanti.


MASALAH RAMBUT


Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Elakkan mengggunakan pengering rambut terlalu kerap, tahan diri daripada menggunakan produk-produk styling rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya. Cubalah potong rambut anda, setiap enam bulan untuk mencegah rambut bercabang atau ‘pecah-pecah’. Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentu tidak ingin penampilan anda di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia terjadi, lebih baik anda merawatnya.

PEMERIKSAAN GIGI

Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari nan bahagia adalah gigi. Pada hari istimewa itu nanti anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan. Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari itu sebenarnya masih tidak mencukupi. Anda perlu ke doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk!

PEDICURE & MANICURE

Kebanyakan wanita mengabaikan perawatan ini sedangkan tangan dan kaki penting kerana ia boleh merosakan penampilan anda di hari bahagia. Sebelum hari perkahwinan, lakukan pedicure dan manicure agar kaki dan tangan anda kelihatan bersih dan cantik.

TUBUH FIT


Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh ideal di hari bahagia itu nanti. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangi rasa stres.Anda boleh pergi ke gym untuk bersenam dan mendapatkan bentuk badan yang menjadi idaman anda.



Rabu, 26 Julai 2017

Promosi




Pakej Perkahwinan SBM

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan Pakej Perkahwinan SBM. Kami sedang mengadakan rangka promosi yang sememangnya hebat untuk anda... Jika anda menempah kami sepanjang 2017 ini. Kami menawarkan pakej teristimewa khas buat anda... Jika anda berminat dan ingin maklumat lanjut sila hubungi kami segera... Tidak kiralah majlis anda akan berlangsung tahun depan ker tapi kalau menempah sepanjang 2017 ini.. Pakej istimewa menanti anda!!!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

sila klik LIKE utk info terkini.


aLHAmDULILLah....


Alhamdulillah...
booking masuk lagi...
rezeki untuk anak2..
yang mana sdg mencari pelamin tu...jom lah ke salbridalmachang...
datang dulu..tanya harga...sembang2 dulu...kalau berkenang blh booking hihiii
kalau tak berkenang tak apa...
Cepat2 jgn terlepas ye...untuk bln 9-12 ada lg kosong
#salbridalmachang
#sal d'touch
#pelaminbajet
#pelaminmurah
datangdulubarutahu


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang
♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah
sila klik LIKE utk info terkini.

Selasa, 25 Julai 2017

Tips Perkahwinan: 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda.




Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je.....

Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.

Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.

Petua tradisional


1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia

Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.


2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.



3) Timun sebagai eyemask

Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?



4) Lobak sebagai masker muka

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.



5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah

Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!




Petua moden

1) Tidur yang secukupnya

Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!


2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan

Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!


3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari
Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita.



4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!

Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...