Jumaat, 10 September 2021

Diam


Sesudah tiba waktunya 
Menunggu warna reda terpancar 
Sinar matamu bening dan menikam 
Aku telah memilih diam 
Diam bukan bererti marah 
 Diam bukan bererti kalah
  Diam bukan bererti salah 
Diam bukan bererti lemah 
Malam ini kita dicabar dengus angin 
Mana ada cinta perkasa yang memandai 
Antara umbi hidup dan subur kehidupan 
Aku telah memilih diam 
  Diam mengajar aku memahami sabar 
 Diam adalah salju memadam api marah 
  Diam umpama bunga penyeri halaman 
Mereda gelora 
Diam dibina dengan ambangan bulan 
Mencari kebenaran 
Diam umpama cermin diri 
Setelah seribu langkah melangkah Aku memilih diam 
Kerana diam lebih erat dan berbicara 
Jika bicara mengundang dosa 
Memanas api sengketa 
Mendatang bencana 
Disalah teka 
Sesudah tiba waktunya 
Izinkan aku memilih diam 
Sehingga aku temui kata-kata 
Yang mampu menjadi makna

 


MUA & Photographer

♥ www.wasap.my/601137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com


#salbridalmachang #sald'touch #muaartist #muaartistmalaysia #muakelantan #makeuppengantin #makeupbersanding #makeupbertunang #makeupbertandang #makeupmodel #pelaminbajet #pelaminmurah #photographer #likeforlike #gambarcantik #gambarindah #sony #sonyalpha #sonya7ii #sonymalaysia #kahwin #machangkelantan #model #modelkelanta #maxwea #jurugambarmachang #jurugambarkelantan #jurugambarnikah #jurugambarperkahwinan 

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...