Isnin, 16 Julai 2018

Ayat Motivasi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya.
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat kita semua pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.


13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.


14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum yang sempat saya kumpulkan.


Khamis, 12 Julai 2018

Warisan - Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia




Rabu, 11 Julai 2018

8 Tips Memilih 'Wedding Planner'








Mencari 'wedding planner' bukanlah mudah. Ramai yang bagus-bagus, tapi untuk mencari yang 'ngam' agak susah. 8 Tips ini mungkin dapat membantu anda.


#1: Lokasi. Pilih perancang perkahwinan yang lokasinya dekat dengan tempat majlis anda akan berlangsung. Sebabnya, jika berhampiran, beliau berkemungkinan besar ada 'connection' yang banyak di sana atau pernah bekerja di lokasi majlis anda serta pernah bekerjasama dengan vendor-vendor sekitar lokasi.


#2: Vendor pilihan. Selalunya perancang perkahwinan ada vendor-vendor 'favourite' beliau. Daripada kad kahwin hinggalah ke pilihan pelamin dan bunga. Ambil sedikit masa untuk mengenali vendor pilihannya ini untuk mengetahui 'style' dan citarasa perancang perkahwinan anda ini.




#3: Personaliti. Jika anda tidak perlu selalu berjumpa, mungkin hal ini tidak menjadi masalah untuk anda. Namun, dalam merancang perkahwinan, anda tentunya akan selalu berhubung. Cari perancang perkahwinan yang anda betul-betul selesa dan suka. Jika anda sendiri tidak berkenan dengan perancang perkahwinan anda, khuatir menambahkan stress pula.



#4: Pengalaman. Lebih baik jika anda mengambil khidmat perancang perkahwinan yang ada pengalaman. Mereka lebih arif tentang selok belok dunia persiapan perkahwinan. Mereka sudah bersedia untuk perkara-perkara yang tidak diduga dan ada penyelesaian untuknya. Selain itu, mereka juga ada banyak 'connections'. Namun, jika anda mahu memberi peluang kepada perancang perkahwinan yang baru meningkat naik pun tidak salah. Selagi anda percaya dan yakin dengan kemampuan mereka, go ahead.



#5: Masa. Perhatikan masa yang diambil untuk menjawab email/whatsapp anda. Jika beliau ambil masa yang lama, atau banyak kali sangat menunda pertemuan, pertimbangkan untuk ambil perancang perkahwinan yang lain. Memang bukan anda seorang saja bakal pengantin yang beliau perlu uruskan, tapi, dengan wang yang anda laburkan, sepatutnya, anda patut mendapat perhatian yang setimpal.




#6. Portfolio. Macam masa anda pilih jurufoto, anda kena ada rasa teruja dan 'amazed' bila melihat gambar-gambarnya, begitu juga dengan perancang perkahwinan. Anda kena ada rasa 'wow' apabila melihat portfolionya. Jika anda rasa tidak teruja, mungkin anda lebih sesuai dengan perancang perkahwiann yang lain.



#7: Citarasa: Untuk berkolaberasi, yang penting sekali adalah jika anda 'ngam'. Paling bagus jika anda suka 'taste'-nya. Bagaimana beliau menghias kerusi, pilihan bunga dan sebagainya. Jika anda sendiri tidak gemar akan 'taste'-nya,besar kemungkinan akan ada rasa kurang senang kelak.


#8: Citarasa anda. Perunding perkahwinan yang sesuai akan dapat memberi tambahan idea atau mencantikkan lagi idea asal anda dan pasangan anda dan bukannya cakap 'Tak boleh, tak boleh.' dan paksa anda ikut ideanya. Selalu ingat yang ini adalah majlis anda dan pasangan. Cari perunding perkahwinan yang sama teruja dengan anda.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah
http://salbridalmachang.blogspot.com

Sila klik LIKE utk info terkini.
**sumber google

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


.


Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:


1. Berkemampuan

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :

“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.


2. Tidak Dayus

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Baik

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.


4. Tidak Membebankan

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada suami.


5. Mempercayai Isteri
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.


6. Bertanggungjawab

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.

Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.

Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.

Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”

Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾

“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”

(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)


7. Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.


8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.


Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)

Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

10 Tips Malam Pertama Pengantin Baru, Lepas Sah Jadi Suami Isteri







TIPS MALAM PERTAMA


Alangkah indahnya perkahwinan itu bukan? Setelah kita lalui segala cabaran sewaktu menempuh alam percintaan dan tibalah masa dan saatnya untuk mengambil selangkah lagi ke hadapan iaitu menyatukan dua orang dengan satu ikatan yang sah yang dipanggil perkahwinan. Siapa yang lebih rasa berdebar, wanita atau lelaki?

Malam pertama bersama pasangan pilihan anda sudah pastinya dilihat sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan, tetapi tidak kurang juga yang berdebar-debar untuk mengharunginya. Selepas berbulan persiapan dilakukan untuk memastikan majlis persandingan berjalan lancar, tibalah masa yang dinanti-nantikan.





1. REHAT SECUKUPNYA


Tips malam pertama yang pertama ini sangat penting. Sila baca betul-betul.


Secara tradisi, majlis akad nikah akan berlangsung terlebih dahulu dan disusuli dengan majlis persandingan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Semasa majlis persandingan tersebut, sudah pasti anda berasa penat melayan tetamu yang hadir dan juga sesi bergambar dengan anda.

Oleh itu, pastikan anda masih bertenaga dengan berehat secukupnya beberapa hari sebelum majlis akad nikah dan persandingan tersebut.


2. SEGARKAN DIRI

Tips malam pertama yang kedua pula perlu dilakukan setelah berehat sebentar.

Selepas mendapat rehat yang mencukupi, dan menghabiskan hampir keseluruhan hari melayan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang dari dekat dan jauh, seeloknya anda mandi terlebih dahulu sebelum memasuki kamar tidur.

Selepas mandi, anda akan berasa lebih segar dan kenakan sedikit bau-bauan wangi supaya dapat menarik perhatian pasangan anda dan secara halusnya memberitahu kepadanya yang anda telah pun bersedia.


3. SERLAHKAN RASA GEMBIRA, SYUKUR DAN TERIMA KASIH

Jangan abaikan tips malam pertama yang ketiga ini. Usah terus terjah pasangan dengan rakus.

Mulakan dengan perlahan-lahan dan kalau boleh bercerita dengan pasangan anda tentang betapa gembiranya anda dengan kelancaran majlis tersebut dan betapa seronoknya dapat berjumpa dengan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu.

Suarakan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada Allah kerana telah disatukan.


4. PELUK PASANGAN DENGAN MESRA
Kemudian peluklah dengan mesra dan berikan beberapa ciuman tetapi janganlah terlalu gelojoh. Anda tidak mahu pasangan anda tewas cepat bukan? Sambil-sambil itu, ucaplah kata-kata sayang dengan lemah lembut supaya dapat membangkitkan suasana. Barulah anda bersedia untuk peringkat seterusnya.


5. LEMBUT DAN RENTAK PERLAHAN


Mulalah dengan perlahan-lahan agar anda dan pasangan anda tidak berasa sakit. Jika terasa sebarang kesakitan, beritahu pasangan anda dan perlahankan langkah. Berikan kata-kata motivasi untuk merangsang pasangan anda dan teruskan bersentuhan dan cumbuan. Setelah fasa kesakitan tersebut berlalu, bermulalah fasa nikmat.


6. LAJUKAN RENTAK

Sewaktu ia sedang berlaku, anda mungkin berasa sesak nafas dan tidak dapat untuk berfikir dengan logik kerana sedang menikmati saat tersebut. Cari rentak yang anda dan pasangan anda selesa dan teruskan sehingga anda serasi bersama.

Anggaplah ia seperti anda sedang menari dan masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.


7. FASA KLIMAKS

Lambat laun, anda dan pasangan anda akan ketemu klimaks dan perasaan yang hadir tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia adalah perasaan yang sangat indah dan anda berasa seolah-olah berada di awang-awangan dan tidak mahu ia berakhir.


8. PELUK DAN KUCUP SETELAH BERSETUBUH

Selepas berakhirnya pertarungan yang hebat tadi, peluklah pasangan anda dengan erat dan ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama pada malam pertama ini.

Ini adalah tips malam pertama yang selalunya diabaikan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Untuk pengantin baru, amalkan peluk dan kucup pasangan. Bukan pada awal perkahwinan sahaja, jadikan ia tabiat setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin.


9. SAMBUNG PUSINGAN KEDUA (SECOND ROUND)


Jika anda dan pasangan anda larat, barangkali anda boleh beradu lagi sekali setelah masing-masing mendapat kekuatan? Pastikan anda berehat seketika dan jika anda dan pasangan sudah tidak larat, adalah lebih baik anda tidak meneruskan di atas faktor kesihatan.


10. SOLAT SUBUH BERSAMA

Ini tips malam pertama yang jarang dikongsikan. Pasangan mesti bangun awal pagi dan mandi wajib. Usah risau, semua orang di dalam rumah mertua faham keadaan pengantin baru yang bergegas ke bilik mandi. Tidak perlu malu-malu.

Selesai mandi wajib, solat berjemaah bersama-sama dalam bilik pengantin. Namun, lebih afdal jika suami berjemaah Subuh di masjid berdekatan.

AKHIR KATA
Jadikan tips malam pertama ini sebagai panduan sahaja dan diharapakan anda dapat mencipta sebuah kenangan terindah pada malam pertama ini di dalam melayari bahtera sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain.

Firman Allah;

‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.’

(Yaasin: 36)

Jangan ingat perkahwinan hanya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak falsafah perkahwinan yang perlu kita pelajari.

Selamat melayari bahtera perkahwinan yang baru!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.


*** Sumber Google

Tips Perkahwinan: 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin


Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda.



Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je

Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.

Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.

Petua tradisional

1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia


Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.


2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.


3) Timun sebagai eyemask
Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?



4) Lobak sebagai masker muka

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.



5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!







Petua moden

1) Tidur yang secukupnya


Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!



2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan


Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!



3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari

Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita.



4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!

Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

SAL Bridal Machang

♥ sms/whatsApp: 01137575578
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ ig: @sitinoorsalbiah

Sila klik LIKE utk info terkini.
**sumber google

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...