Selasa, 16 November 2021

5 kesalahan yang sering dilakukan pengantin....


POTRET hari perkahwinan bukan sekadar untuk tatapan semata-mata, namun ia akan membawa nilai sentimental yang cukup bermakna buat selama-lamanya.

Namun, ada pengantin yang berhadapan detik malang apabila foto di hari bahagia mereka tidak seindah yang diharapkan.

Kadang-kala, kesalahan itu juga berpunca daripada diri mereka sendiri.

Menurut jurufoto-jurufoto perkahwinan, ada lima kesalahan yang sering dilakukan oleh pengantin sehingga mencacatkan foto hari bahagia mereka.....



1) Gagal untuk senyum

Kedengaran enteng, namun ini salah satu kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pasangan pengantin setiap kali jurufoto membidik lensa kamera mereka.

Dah namanya pun hari bahagia, sudah semestinya pengantin perlu memberikan senyuman paling manis agar ekspresi itu boleh diabadikan dalam potret hari bahagia mereka.

2) Gagal berkomunikasi dengan pasangan

Apabila bercerita mengenai foto kahwin, ia melibatkan dua pihak iaitu suami dan juga isteri.

 Ada dalam kalangan pengantin yang gagal berkomunikasi dengan pasangan mereka sewaktu sesi photoshoot.
Jika salah satu pihak gagal memberi kerjasama, maka hasil gambarnya juga pasti tidak memuaskan.

3) Gagal buang perasaan malu

Bukan perkara mudah untuk posing dan beraksi di hadapan lensa.
Ada pengantin yang gemuruh apabila segala tindak tanduk mereka di atas pelamin sedang diperhatikan oleh tetamu majlis.

Mereka juga tidak terbiasa bersentuhan antara satu sama lain kerana baru sahaja dinikahkan, jadi ia juga menjadi satu cabaran buat jurufoto.

Kegagalan membuang rasa malu pastinya akan menyebabkan gambar yang dirakam tidak menarik.

Jika masalah ini berlaku, dia biasanya akan mempelbagaikan angle gambar termasuklah aksi yang tidak memerlukan pengantin memandang kamera.
Jadi, hilanglah sikit rasa segan tu



Buang rasa gemuruh, berikan aksi spontan terbaik agar potret perkahwinan kelihatan menyerlah dan penuh berseri

4) Kayu

Biasalah, pengantin bukan model. Malah, pastinya cukup asing untuk sebilangan pengantin beraksi mesra di hadapan lensa kamera.

Ada pengantin gagal memberikan lentur badan yang diinginkan jurufoto, sekaligus menyebabkan mereka kelihatan keras seperti kayu.

Untuk pengantin perempuan misalnya, mereka boleh beraksi sambil memegang bunga tangan. Jadi tidaklah mereka kelihatan statik dan kaku dalam setiap foto....

namun begitu....tugas photographer sepenuhnya memberi tunjuk ajar kepada pengantin untuk beraksi...
sekaligus ia akan menjadi begitu mencabar buat photographer....




Pengantin boleh mempelbagaikan gaya agar gambar perkahwinan mereka kelihatan lebih 'hidup' dan menarik.

5) Pelamin

Selain diri pengantin itu sendiri, penting juga untuk pengantin menentukan set pelamin terbaik untuk hari persandingan mereka.

Ada pengantin yang memilih pelamin dengan sistem pencahayaan yang salah.

"Selalu sangat letak lampu lip lap berwarna-warni. Itu pun salah satu point spoil mood jurufoto.

"Dah la warna-warni, ada pula tiang seri depan pelamin. Ia menyukarkan jurufoto. Jadi pengantin perlu susun atur tempat yang sesuai untuk pelamin mereka," 


W&S Production
♥ www.wasap.my/601137575578
♥ www.wasap.my/601137575488
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com

30 Pesan Cantik Mak Andam Untuk Bakal Pengantin


Selain rawatan dan produk moden, tak salah jika bakal pengantin mengamalkan juga petua dan tip tradisional nenek moyang dulu-dulu untuk menambah seri kecantikan dan kecergasan tubuh badan mereka sebagai raja sehari.

Berikut 30 pesan cantik mak andam untuk bakal pengantin :

1. Elak berpanas

Elakkan berpanas di tengah terik matahari untuk elak kulit gelap, terbakar dan kusam. Pastikan kamu memakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah.

2. Cukup tidur

Mata yang segar penting untuk wajah terlihat berseri. Jadi, cukupkan tidur semaksimum mungkin. Elakkan berjaga hingga larut malam terutamanya pada minggu- minggu terakhir.

3. Hirisan timun

Tempekkan hirisan timun pada kelopak mata sebelum atau selepas bangun tidur untuk menyegarkannya. Lakukannya sebelum bersolek pada hari sanding nanti.

4. Jaga kebersihan mulut

Mula jauhi ulam-ulaman atau makanan yang berbau tidak menyenangkan seperti petai, jering, bawang putih, durian dan sebagainya. Jaga kebersihan mulut dan nafas.

5. Jaga adab makan

Jaga adab dan etika makan dan minum. Makan dengan kunyahan paling lumat sebelum ditelan dan duduk ketika mahu minum. Selain galakan dari ajaran agama, menurut saintis juga, minum secara duduk membantu usus ‘bekerja’ dengan baik.

6. Naik seri wajah

Beberapa bulan sebelum bergelar pengantin, amalkan memakan kelopak bunga mawar setiap hari untuk menaikkan seri wajah.

7. Cuci wajah

Cuci wajah dengan air kelapa tua beberapa kali dalam seminggu. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih dengan air suam. Ia mampu membantu menyeri dan melembapkan wajah.

8. Minum air putih

Minum segelas air putih sebaik bangun pagi sebelum menggosok gigi. Mulakan dengan selawat dan mohon diberikan kesihatan dan keserian wajah.

9. Lakukan senaman

Lakukan senaman secara tetap dan sederhana beberapa bulan sebelum untuk meningkatkan stamina diri dan membentuk berat badan ideal.

10. Elak makanan sejuk

Elakkan makan dan minum yang sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, air kelapa dan sebagainya agar kamu tidak tewas sebelum ‘bertempur’.

11. Makan telur

Amalkan makan telur ayam kampung dicampur madu dan lada hitam dua kali seminggu. Bertujuan menambah tenaga.

12. Kurang makanan laut

Kurangkan makan makanan laut kerana makanan laut mengandungi toksik yang tinggi. Hadkan pada porsi minimum supaya badan sihat dan kuat untuk menjengah alam rumahtangga.

13. Rebusan air kurma

Rebus kurma cina dan minum airnya. Amalan ini dipercayai mampu memulihkan pH darah dan menaikkan seri wajah.
14. Jangan makan bersulam air

Usah makan bersulam air kerana ia menyebabkan buncit perut. Sebaiknya, selepas makan, berjalan beberapa tapak barulah disusuli dengan minum air.

15. Elak minum soya

Elakkan minum air soya kerana ia bersifat sejuk dan tidak bagus untuk alat kelamin.
16. Minum air halia

Jika bakal pengantin mempunyai angin dalam badan amalkan minum air halia setiap hari untuk meringankan badan.

17. Bangun sebelum subuh


Bangun sebelum azan Subuh. Kemudian, baca selawat tiga kali ke tapak tangan dan raut tangan itu ke seluruh muka.

18. Minum ait kunyit

Kunyit hidup juga dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Amalkan minum air kunyit beberapa bulan sebelum berkahwin, dua kali seminggu.

19. Elak meniarap

Agar payudara kelihatan montok, subur dan tegang, ketika mandi amalkan memancurkan air pancur ke kedua-dua belah payudara. Elakkan juga posisi meniarap ketika tidur.
20. Elak keluar malam

Elakkan keluar malam atau orang tua panggil berembun. Sewajarnya, sebagai anak dara sebelum Maghrib sudah ada di rumah. Darah manis kata orang untuk elak unsur jahat datang mengganggu.

21. Elak makan kuah berlinang

Orang tua juga ada menasihati bakal pengantin agar elakkan makan nasi berlaukkan kuah berlinang untuk elak perut buncit.

22. Cuci bahagian sulit

Paling penting, jaga kebersihan bahagian sulit sebaik mungkin. Ketika mandi, cuci bahagian sulit dengan pencuci intim yang mengandungi ramuan sirih.

23. rawatan urut badan

Tidak salah untuk melakukan rawatan urut badan beberapa hari sebelum majlis langsung. Urut badan dapat melancarkan darah sambil merehatkan otot.

24. Ambil jamu

Untuk penjagaan dalaman, digalakkan pengambilan jamu, bukan setakat untuk ‘malam pertama’ itu tetapi bagi menyegarkan tubuh yang lesu akibat sibuk dengan persiapan.
25. Kurang pamer depan khalayak

Kurangkan mempamer diri depan khalayak terutamanya kepada bakal suami dan bakal keluarga mentua. Selain menjaga adab, ia juga bertujuan menjadikan dirimu sangat eksklusif untuk diraikan pada hari bahagia nanti.

26. Kurangkan gula dan garam


Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula dan garam.

27. Kurang bersolek tebal

Kurangkan bersolek tebal beberapa minggu atau bulan sebelum menjadi pengantin.
28. Kurangkan kerja berat

Kurangkan melakukan kerja-kerja berat kerana selain menyebabkan keletihan, ia juga mengganggu emosi dan menyebabkan stres.

29. Mandi bunga

Jangan lupa, sehari sebelum hari besar itu, buat mandi bunga. Namun jangan masukkan amalan khurafat yang dikaitkan dengan apa-apa mantera. Aura bunga yang wangi dan berwarna-warni mampu menjana pesona positif dalam diri bakal ratu sehari.

30. Kurangkan bercermin


Kurangkan bercermin atau dalam erti kata lain mengadap cermin lama-lama untuk berdandan. Kepercayaan orang tua; penyebab hilang seri wajah. Ia juga menjadi larangan keras untuk mengadap cermin ketika wajah disolekkan mak andam.
Kesimpulan

Petua tradisional nenek moyang dulu-dulu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Selalunya mudah untuk diikuti kerana banyak menggunakan bahan-bahan alami yang banyak terdapat di sekeliling kita. Selain itu ia juga terhindar dari bahan-bahan kimia yang selalu dikaitkan dengan produk kecantikan dan kesihatan moden.

 Wasap.my/+601137575578/pakejgambar


W&S Production
♥ www.wasap.my/601137575578
♥ www.wasap.my/601137575488
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com

Ahad, 7 November 2021

FiZi x ZaTi


Kami sedia memberi perkhidmatan rundingan photography secara percuma. Abadikan saat terindah di hari bahagia anda bersama pasangan , kaum keluarga dan juga sahabat handai bersama kami, kepuasan anda keutamaan kami. Hubungi kami untuk promosi dan pakej istimewa.

Fotografi :

Nikah | Sanding | Tunang | Pre Wedding | Post Wedding | Majlis Keramaian | Majlis Syarikat | Famili Potret






















Wasap.my/+601137575578/pakejgambar
https://instagram.com/abewea_photography
https://abeweaphotography.blogspot.com/
https://www.pinterest.com/abewea_photography/
https://goevents.my/listing/abewea-photography
W&S Production
♥ www.wasap.my/601137575578
♥ www.wasap.my/601137575488
♥ Emel : geligasakti81@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/wea.story
♥ ig: @sitinoorsalbiah
@abewea_photography
http://abeweaphotography.blogspot.com
#abeweaphotography
#jurugambarperkahwinan #jurugambarmurah #jurugambarkelantan #jurugambarmachang #photographer #weddingphotographer #weddingphoto #jurugambar #jurufoto #jurufotokahwin #photoshoot #kahwin #jomkahwin #potrait #persandingan #outdoor #moment #photographermalaysia #bestphoto #pakejmurah #pakejperkahwinan #weddingpromo #malaywedding #reception #engagement #pertunangan #photographermachang #photographerkelantan #jurugambarkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...