Khamis, 27 Julai 2017

Nak Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan? Ini Rahsianya

Hari perkahwinan merupakan saat dan momen yang cukup penting seumur hidup. Detik inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan bercinta. Jadi, tidak hairanlah semua pasangan mempelai ingin tampil cantik dan sempurna sehingga ribuan mata orang terpegun melihatnya! Sebagai bakal ratu sehari, ada beberapa tip perkahwinan yang perlu anda praktik jika mahu tampil lebih cantik dan berkeyakinan di hari istimewa itu nanti.


MASALAH RAMBUT


Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Elakkan mengggunakan pengering rambut terlalu kerap, tahan diri daripada menggunakan produk-produk styling rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya. Cubalah potong rambut anda, setiap enam bulan untuk mencegah rambut bercabang atau ‘pecah-pecah’. Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentu tidak ingin penampilan anda di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia terjadi, lebih baik anda merawatnya.

PEMERIKSAAN GIGI

Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari nan bahagia adalah gigi. Pada hari istimewa itu nanti anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan. Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari itu sebenarnya masih tidak mencukupi. Anda perlu ke doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk!

PEDICURE & MANICURE

Kebanyakan wanita mengabaikan perawatan ini sedangkan tangan dan kaki penting kerana ia boleh merosakan penampilan anda di hari bahagia. Sebelum hari perkahwinan, lakukan pedicure dan manicure agar kaki dan tangan anda kelihatan bersih dan cantik.

TUBUH FIT


Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh ideal di hari bahagia itu nanti. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangi rasa stres.Anda boleh pergi ke gym untuk bersenam dan mendapatkan bentuk badan yang menjadi idaman anda.



Tiada ulasan:

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...