Khamis, 26 Disember 2019

CabRaN BerNiaGA


Walaupun coretan ni adalah copy paste. Ianya 100% berlaku dan aku masih belajar bidang bisnes ni.

Kepada rakan2 diluar sana yang ingin ceburkan diri dalam bidang bisnes, ini perkara yang anda akan lalui dalam tempoh 1 hingga 3 tahun. Selepas anda harungi masa tersebut tetapi masih mampu bertahan, anda akan temui rentak permainan yang sebenar sehingga terjumpa titik kejayaan..

1. Tidak cukup masa bersama keluarga.

2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan.

3. Isteri, suami, mak, ayah, mertua mula pertikai. Sibuk bukan main, berjayanya tak juga.

4. Setiap kali tiba hujung bulan, anda akan risau, takut duit syarikat tak cukup untuk bayar gaji staf.

5. Anda masih buat bisnes seorang diri atau hanya dengan pasukan yang kecil. Staf susah nak kekal lama.

6. Banyak drama menjaga hati. Nak jaga hati keluarga, jaga hati staf dan orang sekeliling. Hinggakan hati sendiri pun tak terjaga.

7. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan.

8. Jualan tak seberapa, penatnya rasa macam nak hilang nyawa.

9. Selalu bercakap seorang diri. Kadang2 senyum kadang2 sedih..

10. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi?

Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi kami kongsikan ini dahulu.
Jadi, anda semua boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang dijangkakan.
Ia bukan seperti dalam drama pakai blazer secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini.
Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan...

Jatuh, bangun buat lagi. Jatuh, bangkit terus berlari. Ulang, ulang dan ulang. Lebih banyak kita cuba, lebih besar peluang untuk berjaya..

#salbridalmachang
#maxwea










* Gambar sekadar perhiasan
* Copy n paste

Credit photo : #maxweaphotoworks

Tiada ulasan:

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...