Artikel ini akan merungkai peranan sebenar seorang wedding photographer Malaysia.
Apabila berlangsungnya majlis perkahwinan, peranan seorang wedding photographer Malaysia tiba-tiba menjadi penting. Khidmatnya diperlukan untuk merakam momen-momen indah raja sehari.
Di Malaysia, wedding photographer terbahagi kepada dua jenis:
· freelancer (sambilan) atau separa masa
. secara sepenuh masa.
Kebanyakan wedding photographer Malaysia memberikan pakej yang lengkap kepada pasangan pengantin.
Ia bermula daripada photoshoot outdoor dan indoor sehinggalah proses pembikinan video sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.
Harga yang ditetapkan adalah mengikut tahap skil professional.
Seperti kerjaya lain, menjadi seorang jurugambar perkahwinan memerlukan minat dan bakat yang terperinci.
Kebanyakan photographer bermula dengan cara tagging senior-senior mereka atau menjadi jurugambar kedua atau di dalam majlis.
Memiliki kamera bermutu tinggi serta lensa yang mahal untuk menjadi seorang jurugambar yang hebat di Malaysia.
Anda juga memerlukan pengalaman untuk mengambil foto dengan pelbagai teknik dan majlis.
Kriteria Seorang Jurugambar Perkahwinan
Terdapat 5 perkara penting sebelum seseorang itu ingin menceburkan diri di dalam bidang fotografi perkahwinan ini.
Ia adalah berdasarkan pengalaman seorang jurugambar perkahwinan berpengalaman Natalie Norton dari Arizona, USA.
Antaranya adalah:
Untuk menjadi seorang wedding photographer Malaysia yang berjaya, anda perlu mengenali ramai orang.
Tiada istilah malu untuk berkomunikasi atau bersosial sepanjang majlis dijalankan.
Seseorang jurugambar perkahwinan haruslah boleh berkolaborasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah.
Ini adalah kerana bagi memastikan tiada aspek yang terlepas pandang yang boleh memberikan kesan kepada perkara-perkara yang lain.
Anda tidak boleh berasa malu dan segan.
2. Komitmen yang sangat tinggi
Profesion sebagai wedding photographer Malaysia bukan semudah yang disangka.
Ianya melibatkan banyak perkara antaranya wang ringgit, masa dan juga tenaga.
Anda perlu mengorbankan sejumlah wang yang banyak.
Ini bagi memastikan kamera dan lensa pada tahap bagus dan berkualiti tinggi.
Anda terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu dan cuti am.
Sekiranya anda telah mengambil deposit untuk tugas fotografi majlis, anda wajib bekerja walaupun anda tidak sihat.
Ia agak mencabar. Terutama bagi mereka yang telah berkeluarga.
Itu belum kira berpuluh-puluh jam untuk mengedit gambar dan video.
Pendek kata, anda perlu komited terhadap kerjaya ini.
Minat bukan segalanya
Minat adalah di antara sebab utama seseorang itu menceburi bidang fotografi.
Tetapi, minat sahaja tidak cukup.
Ianya tidak menjamin kejayaan walaupun ada bakat terpendam.
Bukan sekadar tahu menangkap gambar, tetapi ia merangkumi banyak aspek.
Anda perlu menjadikan kerjaya ini sebagai perniagaan.
Perlu tahu urus pekerja, invois, pengurusan klien dan kewangan.
Juga termasuk pemasaran dan pembangunan syarikat.
3. Komunikasi efektif dengan pelanggan
Hubungan baik dengan pelanggan adalah penting bagi seorang jurugambar.
Ia dapat memudahkan urusan serta proses fotografi sepanjang majlis perkahwinan.
Malah, pelanggan anda akan memperkenalkan anda dengan rakan-rakan mereka.
Nah, anda sudah dapat pelanggan baru!
4. Mempunyai kreativiti dan ketabahan yang tinggi
Sifat tabah dan tak mudah putus asa adalah ciri-ciri penting seorang wedding photographer Malaysia yang berjaya.
Anda juga perlu kreatif untuk merakam memori indah bakal pengantin.
Ia bukan sekadar kepingan-kepingan gambar yang terpampang di dalam album, tetapi hasil karya teragung yang anda boleh banggakan.
Jadikan fotografi perkahwinan medan kreativiti anda.
5. Tawarkan Pelbagai Servis Lain
Selain dari wedding photography, anda juga boleh menawarkan sesi pre wedding photography dan video wedding.
Ia untuk pelanggan yang mahukan gambar atau video dalam satu pakej.
Mudahkan pelanggan untuk memilih sesi ketika majlis tunang, pernikahan, atau majlis resepsi.
Kesimpulan
Persiapkan diri anda dengan 5 perkara yang telah disebutkan tadi.
Semoga anda berjaya menjadi seorang jurufoto perkahwinan di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan