Siapa di sini yang tidak mahuberkahwin...????
Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.
1. Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Assalamualaikum w.r.t... kami menawarkan Perkhidmatan:-#Jurugambar Perkahwinan #Jurugambar pertunangan #event #photo keluarga #make-up pengantin #make pertunangan #make-up artis #Boleh hubungi saya semua perkhidmatan adalah harga yang berpatutan. Saya berharap agar anda berpuas hati dengan perkhidmatan KAMI... Diharap dapatlah beramai ramai shopping kat sini.... 01137575578 https://www.facebook.com/wea.story
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin
9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru mel...

-
Rezeki dari blog/facebook/instagram memang sangat tinggi. ini menjadi asbab je rezeki tu datang, tapi semua rezeki kita datang dari Allah ...
-
hubungi saya yerrrr... Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di: SAL Bridal Machang ♥ sms/whatsApp: 01137...
-
“Selamat Pengantin Baru!!!! Semoga kebahagiaan milik kalian! Perkahwinan ini akan memberikan sejuta kebaikan bila kita mencari baiknya. C...
-
Organize : Cikgu rizman MdNor Inframe : Nurul Eeluny Photo by : Max Wea Venue : Pantai mek Mah Date : 09 Dec 2019 ...
-
Dalam menjalani kehidupan ini, ada ketikanya kita merasakan waktu-waktu sukar dalam hidup. Waktu di mana kita menjalani kehidupan sehari...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan